Berita mengejutkan berlaku kepada pelakon dan model kacak dari Korea Selatan, Kim Woo Bin yang disahkan menghidap Kanser Nasofarinks.
Agensi Kim Woo Bin, SidusHQ mengumumkan Kim Woo Bin akan menerima rawatan segera selepas ia dikesan pada peringkat awal. Ia dikesan selepas Kim Woo Bin mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami simptom yang luar dari kebiasaannya.
Untuk pemahaman anda, Nasofarinks ialah penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan yang lain. Kanser nasofarinks merupakan suatu yang bukannya begitu jarang berlaku. Walaupun secara keseluruhannya, kanser nasofarinks berlaku pada kadar yang rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia, ia adalah antara kanser yang agak ketara jumlahnya dalam kalangan kanser yang difokuskan pada bahagian kepala.
Susulan berita tersebut, kebanyakan netizen memberi sokongan kepada Kim Woo Bin untuk terus kuat menghadapi cabaran dan menjalani rawatan dengan baik.
Ini antara reaksi netizen;
“I hope you fully recover.”
“Hul. I hope for a speedy recovery.”
“Hulㅜㅜ Please get better soon, thank goodness you found it early”
“I pray the treatment goes well.”
“There’s someone in my family who has fully recovered after receiving treatment for nasopharynx cancer. It’s been well over 10 years. The radiation therapy might be tough but you’ll be able to pull through it. Fighting.”
“Hul. What is this. I’m relieved it was diagnosed early. I hope you have a quick recovery!”