Berita baik untuk peminat hebat Rain dan Kim Tae Hee.
Baru sahaja agensi Kim Tae Hee, Ruach Entertainment mengumumkan berita paling menggembirakan. Apa dia?
Kim Tae Hee kini sedang hamil 15 minggu dan akan lebih berhati-hati. Kim Tae Hee akan memberi tumpuan kepada penjagaan pranatal dan bersedia untuk menjadi seorang ibu.
Agensi juga menjelaskan sebelum perkhabaran ini bocor dengan sendirinya, pasangan Rain dan Kim Tae Hee dengan gembiranya ingin berkongsi bersama peminat tersayang.
Kami sekali lagi berterima kasih kepada semua pihak khususnya peminat yang selama ini mengambil berat dan menyokong Kim Tae Hee dan Rain. Terima Kasih.
Terdahulu, pasangan Rain dan Kim Tae Hee mengikat tali perkahwinan di sebuah gereja katolik di Seoul pada Januari, pasangan selebriti ini mula bertaut kasih dari 2012 dan akhirnya berkahwin selepas 5 tahun.
Baca Artikel: Rain & Gadis Pilihan Hati, Kim Tae Hee Kahwin Di Gereja Dalam Majlis Tertutup
Wanista ucapkan Tahniah sekali lagi buat pasangan ini!