Hai pembaca Wanista, adakah anda jenis yang suka menwarnai rambut dalam setiap penampilan? Ataupun hobi kerana anda bosan dengan warna semulajadi pada rambut?
Orang kata mewarnai rambut mampu mengubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue. Khususnya bagi para wanita yang terlebih suka atau tertarik untuk mengikuti perkembangan trend rambut setiap tahun, ini ada trend yang sedang hangat tahun 2017.
Tahun lepas sahaja membawa kepada berpuluh-puluh trend rambut pelangi dan untuk 2017 juga tidak banyak bezanya dan baru sahaja bulan Januari, internet sudah ‘menggila’ dengan rona rambut BLORANGE. Difahamkan, warna cantik ini merebak selepas selebriti Alex Brownsell mencipta rekaan baharunya pada model Georgia May Jagger dan sejak itu ia hangat di media sosial.
Sebenarnya, bila diperhatikan warna blorange dan rose gold tidak banyak bezanya, cuma blorange memberikan kombinasi daripada warna-warna pastel oren peach dan merah. Malah, blorange kelihatan hebat pada semua orang, ia mampu mencerahkan semua tona kulit dan kelihatan cantik pada rambut kerinting mahupun rambut lurus.
Jom lihat beberapa trend yang boleh dijadikan inspirasi untuk anda.
#1 Kombinasi daripada peachy pink dan rose gold.
#2 Kombinasi warna pastel seperti peach dan oren mungkin.
https://www.instagram.com/p/BFhGt64AlYI/
#3 Blorange ombre?
#4 Warna rambut ini memberikan ‘highlight’ pada penampilan.
https://www.instagram.com/p/BEWzp5TQl6l/?taken-by=effie_daisy
#5 Walaupun kusut masai rambut tapi tetap cantik.
https://www.instagram.com/p/7kj2BqxBvi/
#6 Kombinasi daripada pink peach sorbet.
#7 Blorange sebenarnya lebih kepada gabungan warna peach bersama strawberi pastel.
Anda tertarik dengan warna rambut sebegini? Apa lagi, pergilah ke salon berdekatan.