Tidak dinafikan, Lee Dong Wook adalah pelakon yang sangat versatile untuk ditonton menerusi drama bersiri terbaharu Korea yang kian hangat mendapat tempat di hati para pencinta K-Drama, Goblin.
Tidak kisah apa cabaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya, setiap watak yang diberikan pasti dapat disandang dengan baik oleh aktor tampan ini.
Kredibilitinya sebagai seorang pelakon memang tidak dapat disangkal sama ada sebagai teman lelaki baik kepada Gong Woo, atau karakternya yang bersahabat setia dengan Kim Go Eun mahupun interaksi ‘malu-malu kucingnya’ terhadap Yoo In Na yang dapat dilihat dalam babak drama Goblin, penonton dapat berasa puas dan terhibur dengan gerak-geri Lee Dong Wook saat beraksi di layar perak.
BACA: DRAMA BARU GOBLIN PECAH REKOD DESCENDANTS OF THE SUN
Meskipun ramai antara penonton tahu yang penulis skrip drama Goblin, Kim Eun Sook berhempas pulas cuba menyunting bakat Gong Yoo untuk berlakon dalam salah sebuah drama hasil karyanya, lain pula yang terjadi dengan Lee Dong Wook. Dirinya harus berusaha sendiri untuk mendapatkan watak utama sebagai ‘Malaikat Maut’ tersebut.
Kim Wun Sook, sebenarnya telah menolak kehadiran Dong Wook dalam drama tersebut sebelum ini kerana gambaran yang beliau mahukan untuk watak itu tiada pada Dong Wook meskipun telah dipujuk beulang kali oleh pihak Dong Wook sendiri, ternyata penulis skrip popular itu masih belum cukup tertambat dengan bakatnya.
Bagimanapun, satu temu janji peribadi telah dibuat supaya Dong Wook dapat berbincang secara teliti dengan Kim Wun Sook dan akhirnya dia mendapat tempat untuk memegang salah satu watak paling penting dalam Goblin.
Sebaik penerimaannya diangkat, sejak dari itu Lee Dong Wook tidak pernah menghampakan. Dirinya terus-menerus berusaha, mengkaji dan memahami skrip supaya wataknya nampak realistik. Ya, itulah apa yang anda dapat rasai dan lihat menerusi kaca televisyen kini. Lee Dong Wook berjaya membawa watak sebagai ‘Malaikat Maut’ dengan begitu profesional.