Sempena ulang tahunnya ke-80 di Malaysia dan Singapura, Coca-Cola telah mengemukakan strategi pemasaran global barunya ‘One Brand’ (Satu Jenama) yang menyatukan Coca-Cola, Coca-Cola light® dan Coca-Cola zero®, di bawah jenama ikonik Coca-Cola dalam satu slogan kempen kreatif antarabangsa, “Taste the Feeling™”.
Diumumkan oleh Gill McLaren, Pengurus Besar Coca-Cola Singapura, Malaysia dan Brunei, dan Stephen Lusk, Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola Bottling Investment Group Singapura, Malaysia dan Brunei, pendekatan “One Brand” ini menandakan titik permulaan strategi utama pembangunan Coca-Cola yang baru.
Strategi ‘One Brand’:
- Memantapkan ekuiti global dan tarikan jenama Coca-Cola yang asli merentasi barisan keluarannya, untuk menyatukan keluarga produk-produk Coca-Cola di bawah satu jenama ikonik yang melambangkan minuman terunggul di dunia
- Kempen global yang mencerminkan gaya hidup baru – kempen “Taste the Feeling” menggunakan kaedah bercerita dan detik-detik kehidupan untuk menghubungi semua pelanggan di seluruh dunia
- Memberi tumpuan kepada intipati pengiklanan kreatif Coca-Cola dengan meraikan nikmat pengalaman meminum produk Coca-Cola
- Mengutarakan komitmen Syarikat terhadap kepelbagaian pilihan, untuk memberi pelanggan kuasa memilih antara pelbagai produk Coca-Cola yang sesuai dengan citarasa, gaya hidup dan keperluan pemakanan masing-masing.
Melalui strategi “One Brand”, Coca-Cola tidak perlu lagi mengadakan pelbagai kempen untuk produknya secara berasingan, tetapi hanya menggunakan satu kempen ikonik untuk meraikan semua produk-produknya di bawah satu jenama.
Slogan “Taste the Feeling™” akan menggantikan “Open Happiness™”, yang telah digunakan dalam semua aktiviti pemasaran Coca-Cola selama tujuh tahun yang lepas.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari https://TasteTheFeeling.coca-cola.com atau menyertai pengalaman “Taste the Feeling” melalui #SyoknyaRasa.