Lebih ramai pengguna yang dilihat gemar membeli-belah barangan keperluan harian secara atas talian masa kini. Sama ada menggunakan komputer riba di pejabat, mahupun hanya menggunakan aplikasi mudah alih sepitas lalu, kedua-duanya sangat efisyen tanpa perlu mengerah tenaga untuk ke pasaraya.
HappyFresh yang merupakan kedai runcit atas talian terkemuka di rantau Asia sentiasa peka untuk menyediakan kemudahan optimum kepada para pengguna, terutamanya yang terdiri daripada golongan wanita atau ibu yang sibuk menguruskan hal kerja di pejabat. Sejak HappyFresh melancarkan aplikasi mudah alihnya yang bisa dimuat turun ke dalam telefon pintar, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Kebanyakkan pengguna memilih untuk memanfaatkan teknologi yang membolehkan mereka membeli dengan hanya satu klik di telefon pintar berbanding dengan cara pembelian barangan tradisional yang memerlukan seseorang menaiki kenderaan atau berjalan kaki ke kedai.
Dengan pertumbuhan populariti pembelian barangan keperluan harian secara atas talian di Asia, ia sebenarnya telah disokong oleh dua faktor utama iaitu kesesakkan lalu lintas serta jam bekerja yang panjang hingga membuatkan ramai pengguna memilih jalan pintas supaya bisa menjimatkan tenaga dan masa dengan membeli-belah dari alam maya.
Tiga bandar utama di sekitar Asia Tenggara seperti Jakarta, Bangkok dan Surabaya adalah antara 10 bandar yang memiliki kesesakkan lalu lintas paling tinggi berdasarkan pemerhatian global. Menurut kajian yang dijalankan oleh Castrol dan Tom Tom, selain kepadatan penduduk, alasan kukuh mengapa jalan raya di bandar tersebut begitu sesak selepas waktu balik kerja adalah kerana ramai yang cuba untuk memaksa diri pergi ke pasaraya bagi mendapatkan keperluan harian.
Telah dikatakan tadi, negara Asia juga mempunyai waktu kerja paling panjang. Menurut fakta, terdapat ramai golongan yang terpaksa menghabiskan 48 jam seminggu untuk bekerja. Angka ini dijangka bakal meningkat di masa hadapan.
Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengasas HappyFresh, Markus Bihler berkata, “Ada juga pelanggan yang terlalu cerewet tatkala membuat pilihan jenis makanan yang berkualiti. Satu kajian yang dilakukan oleh Nielson menunjukkan para pembeli hari ini cenderung untuk mencari makanan yang segar, berasaskan sumber semula jadi, diproses secara minimal serta mengandungi bahan yang bisa merawat dan menjamin kesihatan tubuh.
FAKTA
- Ramai yang memilih untuk ke pasaraya atau kedai runcit selepas waktu kerja iaitu bermula jam 5pm pada hari bekerja dan 10am pada setiap hujung minggu.
- 75% pelanggan yang membeli dari kedai runcit atas talian HappyFresh adalah berumur 25 hingga 44 tahun.
- Majoriti pembeli adalah wanita dan mereka telam membuat tempahan belian barangan setiap minggu. 30% barangan yang ditempah adalah makanan segar.
- Golongan wanita yang banyak membeli di HappyFresh adalah wanita yang bekerjaya. Antara barang harian yang mereka butuhkan adalah susu, sayur, nasi, susu formula untuk bayi dan lampin pakai buang bayi.
- Golongan kedua teramai yang gemar membeli barang runcit secara atas talian adalah golongan muda profesional dan barangan yang selalu mendapat perhatian mereka adalah terdiri daripada tomato, spaghetti, Coca-cola dan daging dada ayam.
Untuk memudahkan anda, Wanista cadangakan untuk anda membeli secara atas talian kerana ia lebih memudahkan. Tambahan pula, barangan runcit yang anda tempah dan beli itu akan dihantar terus ke pintu rumah anda. Hebat kan?
Muat turun aplikasi HappyFresh di telefon bimbit anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.happyfresh.my