Siapa sangka keseronokan seseorang yang sedang menonton filem cetak rompak disedari oleh bintang filem itu sendiri.
Begitulah kisah seorang penumpang pesawat yang sedang leka menonton filem Bollywood, Dilwale versi cetak rompak yang sama sekali tidak menyangka kehadiran pelakon filem itu, Kriti Sanon.
Kriti ialah seorang pelakon terkenal Bollywood yang membawakan watak ‘Ishita’ dalam filem Dilwale bersama legenda Bollywood Shahrukh Khan dan Kajol.
Menerusi laman Twitternya, pelakon berusia 25 tahun ini meluahkan rasa marah selepas ternampak seorang penumpang pesawat menonton filem Dilwale, yang masih lagi ditayangkan di pawagam.
Menurut Kriti, penumpang tersebut menonton filem itu dengan bantuan projektor.
Lebih menarik, walaupun penumpang berkenaan duduk di sebelah pelakon tersebut, dia langsung tidak menyedari kehadirannya.
https://twitter.com/kritisanon/status/681440519793197056/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw
“Ada seorang penumpang dalam pesawat yang sedang menonton filem Dilwale, versi cetak rompak di hadapan saya dengan menggunakan telefon pintarnya! Marah !!” ujar Kriti dalam Twitternya.
Kriti kemudian memuat naik gambar yang sama sambil berkata, “Sedih untuk melihat usaha keras orang lain ditonton dengan cara yang sebegini. Tolong tonton filem di pawagam.”
Sad to c the hardwork of so many ppl bein watched in such pathetic quality!Pls enjoy films in cinemas #SayNoToPiracy pic.twitter.com/SBFpLkm2DA
— Kriti Sanon (@kritisanon) December 28, 2015
Susulan itu, rata-rata peminatnya menyokong kenyataan beliau dengan menyifatkan tindakan itu sungguh memalukan.
Malah, ada yang berpendapat bahawa setiap penonton harus menghormati usaha pelakon yang bekerja keras untuk mengejar impian mereka.
https://twitter.com/kriti_san1n/status/681511352733724672
@kritisanon Worst thing is he is watching this openly n no one is stopping him from watching piracy 😒 This is wrong !!!
— Raashi (@WithRashee) December 28, 2015
Penangan filem Dilwale mencetus fenomena apabila dinobatkan sebagai filem ‘pecah panggung’ selepas 10 hari ditayangkan.
Mencatat kutipan sebanyak AS$16.7, pasti filem ini sebuah karya yang menarik untuk ditonton.