Ais krim! Ais krim! Sekarang ni dah tak payah lah anda susah-susah nak membeli ais krim di kedai. Apa yang anda perlu tahu, sebenarnya lagi murah kos untuk buat ais krim dirumah. Hanya perlu guna dua bahan utama sahaja! Yang paling munasabah, anda tidak memerlukan mesin pembuat ais krim pun untuk resepi ringkas yang ini.
Apa tunggu lagi? Jom lah kita belajar cara-caranya!
Bahan-Bahan:
- 14 auns (1 tin/400ml) susu pekat, sejuk
- 2 cawan ( 16oz/450ml) krim berat/heavy cream, sejuk
Cara-Cara:
- Letak susu pekat dalam peti sejuk untuk disejukan
- Pukul krim berat atau heavy cream pada kadar sederhana menggunakan mesin pemukul tangan atau mesin pemukul biasa sehingga kondisinya menjadi ringan.
- Turunkan kadar putaran sedikit dan tuangkan susu pekat ke dalam krim putar itu tadi. (Anda boleh masukan sedikit estrak vanila jika mahu)
- Sekarang, anda telah mempunyai bahan asas untuk membuat ais krim idaman anda!
- Tambahkan apa sahaja bahan kering lain yang anda mahu untuk memberi perisa yang umphhh pada ais krim homemade anda! Bereksperimentasilah!
- Setelah itu, pindahkan campuran ais krim anda dalam bekas bertutup untuk disejukan di dalam peti ais sebelum anda menikmatinya! Mudah kan?
Ais Krim Strawberry Cheescake
- Campurkan 1 cawan cheesecake kedalam dua cawan adunan asas ais krim tadi.
- Tambah puri starwberi mengikut kehendak anda, jangan terlalu banyak.
- Gaul perlahan (jangan terlalu sebati) -rujuk video untuk cara mengaul yang betul.
- Pindahkan ke dalam bekas yang bertutup. Sedia untuk disejukkan.
Ais Krim Sarang Lebah
- Jangan khuatir untuk resepi ini kita tidak menggunakan sarang lebah yang betul. Honeycomb yang dimaksudkan disini adalah sejenis biskut karamel yang menyerupai sarang lebah. RESEPI HONEYCOMB
- Campurkan 1/2 cawan biskut sarang lebah hancur bersama 2 cawan adunan asas ais krim.
- Jangan campurkan terlalu banyak biskut sarang lebah berkenaan kerana dikhuatiri ais krim anda akan menjadi terlalu lembut nanti.
- Gaul dan pindahkan ke dalam bekas yang bertutup. Sedia untuk disejukkan.
Ais Krim Oreo
- Campur 2/3 cawan biskut oreo hancur ke dalam 2 cawan adunan asas ais krim.
- Gaul dan pindahkan ke dalam bekas yang bertutup. Sedia untuk disejukkan.
Ais Krim Mangga
- Adun 1/4 cawan puri mangga bersama 2 cawan adunan ais krim.
- Gaul dan pindahkan ke dalam bekas yang bertutup. Sedia untuk disejukkan.
Ais Krim Kek Pelangi
- Hancurkan 1 cawan kek pelangi kegemaran anda, pastikan kek pelangi itu berkrim -barulah sedap.
- Campur kek pelangi yang telah siap di hancur kasar bersama 2 cawan adunan asas ais krim.
- Gaul dan pindahkan ke dalam bekas yang bertutup. Sedia untuk disejukkan.
Ais Krim Kek Cawan
- Campurkan 1 cawan cupcake bersama 2 cawan adunan asas ais krim.
- Gaul dan pindahkan ke dalam bekas yang bertutup. Sedia untuk disejukkan.
Siap! Sekarang anda telah berjaya untuk membuat 6 perisa ais krim homemade yang berbeza! Kalah Baskin-Robins sebab mereka gunakan mesin untuk membuat ais krim 😛
Selamat Menjamu Selera!