Kemunculan rancangan realiti penyanyi bersuara merdu Mariah Carey telah membuka mata peminat beliau yang sebelum ini tertanya-tanya tentang kehidupan seharian ikon dunia ini. Dari kesibukan menyiapkan konsert jelajah dunia sehinggalah berperanan sebagai seorang ibu kepada anak kembarnya, semuanya boleh diketahui di Mariah’s World.
Dengan rekod jualan 220 juta pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan mengorek rahsia kejayaan, aktiviti dan sejarah tentang pencapaian beliau sebelum ini. Mariah’s World sebuah rancangan yang dibawa eksklusif oleh E! ditayang secara global pada 15 buah negara serantau Amerika, Eropah, Asia, Australia, New Zealand dan Afrika.
Kepada anda yang tidak pernah terlepas menonton rancangan ini sejak tayangan perdana 6 Disember lalu, Wanista menadah tangan untuk menghadiahkan barangan eksklusif Mariah’s World dan E! khas untuk anda:-
1) Mariah’s World T-shirt
2) Mariah’s World sleeping mask
3) E! pen
4) E! umbrella
5) E! water citrus juicer
Mudah sahaja, apa yang perlu lakukan:-
- Muat naik video durasi 30-60 saat ‘lip sync’ 1 lagu Mariah Carey kegemaran anda di laman Instagram anda. (pastikan akaun ditukar kepada ‘public’)
- Sertakan dengan #mariahsworld dan #eonlineasia.
- Jangan lupa like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom.
Peraduan bermula pada 2 Januari sehingga 16 Januari 2017.
https://www.instagram.com/p/BOobplFhcO3/?taken-by=wanistadotcom
Kata peminat tegar Mariah, pasti ada sahaja lagu beliau yang bermain di kepala anda sekarang! Jom, tunggu apa lagi cepat sediakan video lip sync anda dengan lagu Mariah Carey untuk menang hadiah edisi terhad diatas.
https://www.youtube.com/watch?v=2IyWj0FQFFM&t=1s