Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor, 36, dan Shahid Kapoor, 35, sudah berbaik semula selepas bertahun-tahun tidak bertegur sapa gara-gara Shahid berkahwin dengan wanita lain.
Berita mengenai hubungan mereka yang sudah pulih itu dilaporkan media di India selepas Kareena dan Shahid dilihat berbual mesra pada majlis, Lux Golden Rose Awards.
“Saya nampak Kareena dan Shahid sangat gembira berbual-bual, saya dengar Shahid sangat gembira dengan berita kehamilan Kareena.
“Pertemuan mereka itu berlangsung beberapa minit saja tapi riak wajah mereka nampak sungguh gembira dan menyenangkan,” kata seorang sumber kepada portal Pinkvilla.
Sebelum ini Kareena dan Shahid pernah hangat bercinta tetapi hubungan mereka tidak berakhir di jenjang pelamin.
Shahid kini bahagia dengan isterinya Mira Rajput dan dikurnikan seorang anak bernama Misha Kapoor.