Kadang-kala, perbuatan harian diri seseorang menggambarkan siapa diri kita yang sebenar. Gerak-geri tubuh sering menjadi perhatian utama untuk orang lain menilai karakter diri kita. Jadi, bagaimana pula dengan gerak-geri di dalam kamar beradu?
Seperti kebanyakkan perkara lain di dalam hidup, cara anda berkongsi katil dengan pasangan sudah cukup untuk menggambarkan kekuatan hubungan anda. Mungkin anda sahaja yang tidak sedar. Oleh itu, ini Wanista rungkaikan kaitan posisi tidur dengan hubungan anda bersama dengan pasangan.
The Spoon
Ini adalah posisi tidur yang sering diamalkan oleh ramai pasangan. Menurut kajian, 18% pasangan memilih untuk tidur dengan cara posisi ini. Pakar Psikologi Corrine Sweet berkata, ini adalah posisi tidur tradisional yang menyatakan sifat melindungi serta keselesaan dalam sesebuah hubungan.
Ia menggambarkan kepercayaan dalam diri pasangan. Salah satu pasangan memeluk pasangan yang satu lagi dari belakang menunjukkan mereka sebenarnya selesa untuk berada dalam keintiman.
The Loose Spoon
Sama seperti teh spoon, cuma the loose spoon mempunyai posisi yang menampakkan sedikit jurang di antara pasangan. Ehem, jangan pula anda slaah faham, ia tidak menggambarkan negativiti yang wujud dalam hubungan sesebuah pasangan, bahkan ia sebenarnya merujuk kepada sifat kemandirian.
Individu bisa melakukan apa sahaja dengan bebas tanpa konkongan pasangan, namun setiap seorang dari pasangan yang tidur dengan posisi ini masih mempunyai kepercayaan yang kuat antara satu sama lain.
Lazimnya, the loose spoon ini terjadi setelah sekian lama pasangan membina kepercayaan dalam hubungan dan kini telah tiba masanya untuk memberi sedikit ruang kepada pasangan yang satu lagi untuk melakukan apa yang mereka mahu.
The Unraveling Knot
Posisi ini biasa diamalkan oleh pasangan yang telah lama bersama. Meskipun pada awal waktu tidur mereka berpelukan tetapi lama-kelamaan mereka melepaskannya dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada diri sendiri dan juga terhadap pasangan (menggambarkan sifat berdikari).
Dr, Sweet juga ada mneyebut bahawa, posisi ini menyatakan kompromi antara intimasi dan kebebasan.
The Back Kissers
Pasangan tidur dalam keadaan belakang badan bertemu belakang badan. Mereka berhubung, tetapi cukup untuk menjadi berdikari dengan menghormati ruang yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.
Ternyata pasangan yang tidur dalam posisi ini agak relaks dan tidak risau akan gerak-geri pasangan mereka. Selesa dengan cara satu sama lain.
The Liberty Lover
Mereka tidur menghadap belakang tetapi terdapat ruang di antara kawasan tidur.
Walaupun tidak tidur sambil berhadapan, posisi ini sebenarnya menyatakan yang anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap pasangan meskipun berada berjauhan. Anda adalah jenis pasangan yang ‘OK’ untuk lakukan sesuatu perkara bersendirian namun tidak sabar untuk bertemu kembali dalam jangka masa dekat. Indah bukan?
The Shingles
Mungkin bukan nama posisi tidur yang paling seksi dalam senarai ini. The Shingles menggambarkan semangat setiakawan yang sangat utuh. Kedua-dua pasangan baring sambil salah seorang pasangan merehatkan kepalanbya dekat dengan bahu pasangan yang satu lagi.
Oleh kerana ego masing-masing yang sangat tinggi (kajian menunjukkan bahawa orang yang gemar tidur menelentang adalah seorang yang ego dan mempunyai personaliti yang sedikit besar kepala), apabila salah seorang memberi peluang kepada pasangannya untuk memainkan peranan sebagai ‘pelindung’, bermaksud anda sedang berada dalam hubungan yang sihat, memahami serta berkeyakinan.
The Nuzzle
Tanda utama kepada sifat mempercayai dan melindungi. Melihatkan salah seorang pasangan baring berbantalkan dada individu yang satu lagi, ia secara tidak langsung mencipta sikap memupuk, keterbukaan serta sifat menemani ketika sedang berpelukan sebegitu.
Jika anda adalah yang berbaring menelentang, anda adalah seorang yang berkeyakinan, menggunakan kuasa yang anda ada untuk melindungi pasangan. Manakala, jika anda yang berbantalkan dada pasangan, anda adalah seorang yang berdikari namun masih mahu berinteraksi dengan cinta dari pasangan.
The Tangle
Ha, posisi ini pasti menjadi kegemaran muda-mudi yang baru mendirikan rumah tangga kan? Sampai hendak tidur pun sukar untuk dipisahkan! Ini adalah posisi yang paling intim bermaksud anda itu masih belum cukup mendapatkan perhatian dari pasangan.
TETAPI, jika selepas enam bulan anda masih tidur dalam posisi ini, bermaksud anda itu terlalu bergantungan antara satu sama lain. Jadi, pandai-pandailah disiplin diri untuk menjadi berdikari okay?
The Leg Hug
Hubungan anda agak samar jika anda dan pasangan tidur dalam posisi ini. Salah seorang akan menyilang kakinya ke atas kaki yang seorang lagi. ini mungkin membawa maksud si dia (yang menyilangkan kaki) dahagakan perhatian dan belaian dari pasangannya.
Namun, jika anda berdua saling menyilangkan kaki antara satu sama lain, bermaksud anda berdua memerlukan perhatian dan belaian dari pasangan secara sama rata. Bahkan, hubungan emosi dan seksual anda sesama sendiri juga kuat.
Adakalanya posisi ini juga boleh menggambarkan situasi perhubungan anda yang sedang dingin (mungkin dalam pergaduhan) namun masih mahu kekal bersama dan cuba untuk membaiki keadaan. Ya, ianya lebih baik dari mencurah minyak ke apa yang sednag marak bukan?
The Stomach Snoozers
Jenis pasangan yang gemar tidur menelangkup mungkin sedang dalam proses untuk memahami sifat pasangannya. Posisi ini menggambarkan sifat anda yang mungkin sedang dalam ketakutan emosi, kebimbangan, kelemahan serta kurang kawalan.
Malah, ia juga bukan sejenis posisi yang intim kerana tiada langsung interaksi antara anggota tubuh ketika tidur (ia juga menggambarkan bahawa anda dan pasangan kurang percaya akan kebolehan masing-masing dalam hubungan seksual).
The Space Hog
Jika salah seorang tidur dengan cara menjauhkan sedikit diri dari pasangannya, mungkin anda dan si dia perlu mengadakan perbincangan. Individu yang mengambil ruang paling besar di atas katil boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang mementingkan diri. Umpamanya, hanya dia sahaja yang berhak menentukan segala-galanya di dalam perhubungan, membiarkan pasangan terkontang-kanting dalam dilema perhubungan.
Anda dan pasangan bagaimana?