Bagaimana dengan persiapan raya anda? Mesti tengah sibuk dekat dapur buat biskut raya, tukar langsir, perabut baru, rawatan kecantikan diri, ataupun ada yang sedang memikirkan trend warna yang sesuai untuk mengecat rumah.
Mengecat rumah sempena musim perayaan mungkin dianggap kerja yang menjemukan oleh sesetengah orang. Disebaliknya, ia boleh menjadi akitiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, tambahan lagi, ia juga boleh mengeratkan hubungan keluarga.
Memilih warna yang sesuai untuk dinding rumah anda mungkin menjadi cabaran bagi anda, apatah lagi dengan perubahan trend warna Hari Raya yang sering bertukar pada setiap tahun. Situasi begini mungkin menjadi halangan untuk memilih warna yang sesuai bagi rumah anda.
Dengan bantuan Dulux Trend Warna Hari Raya, ia menawarkan pelbagai pemilihan warna serta tips-tips bermanfaat bagi musim perayaan yang akan menjelang tiba.
Memang sukar untuk mengikuti trend-trend terkini, tidak kira di dunia sosial ataupun dunia mengecat. Trend-trend Dulux sering berkembang untuk memenuhi permintaan orang ramai, sama seperti tahun ini. Dulux memperkenalkan Trend Warna 2016 terkini yang merangkumi empat trend berlainan yang boleh dipadankan mengikut gaya tersendiri. Inilah satu-satunya kunci bagi memilih trend yang paling sesuai untuk rumah anda pada Raya kali ini.
Setiap trend mempunyai warna dan senario yang berlainan, dan terpulanglah kepada anda untuk memilih trend yang digemari. Selamilah dunia dengan “Heritage and Future”, dimana idea-idea trend ini diilhamkan oleh identiti komuniti masa lampau serta keyakinan untuk menghadapi masa depan. Palet warna merah disertakan palet-palet warna kontemporari yang terang membawa keseimbangan yang menarik untuk menggabungkan warisan terhadap era moden terkini.
Untuk trend yang lebih grafik, cubalah “Words and Pictures”. Pilihan dari palet-palet warna biru dan kelabu yang boleh disertai dengan perkataan yang menarik atau detik-detik yang indah, untuk menyerlahkan ruang-ruang kosong di rumah anda. Sekiranya anda menggemari warna-warna lembut, inilah palet yang sesuai untuk anda.
Beralih dari detik ke detik dengan “Dark and Light”. Dinding rumah dicat dengan palet-palet warna yang mengenangkan waktu subuh dan senja. Palet warna ini sesuai untuk ruang tamu yang memerlukan suasana yang lebih erat.
“Grid and Letting Go” berciri abstrak dan bebas. Ia mengutamakan warna yang terang dan ceria untuk dinding anda. Percaya atau tidak, pilhan dalam palet warna ini serasi dengan gaya hidup bandar masa kini.
Cubalah warna-warna yang terang dan berseri dari palet ini, ia bukan sahaja menerangi rumah anda, ia juga akan menawan hati para tetamu anda.
Empat trend dan empat pemilihan yang berbeza akan menyukarkan anda untuk membuat keputusan. Tetapi, dengan melakukannya bersama keluarga, ia akan menjadi lebih mudah untuk anda mencapai sesuatu keputusan.
Untuk mendapat senaskhah buku kecil Dulux atau untuk mendapat bantuan dari Pakar Warna Dulux, hubungi kami di 1-800-88-9338 atau hantar emel ke customercare.my@akzonobel.com. Untuk maklumat lanjut tentang Trend Warna Dulux 2016 atau Dulux Ambiance, layarilah http://www.dulux.com.my atau laman Facebook Dulux Malaysia di http://www.facebook.com/DuluxMalaysia.