Beg sandang atau backpack bukan sahaja dipakai ketika hendak ke sekolah, tetapi ianya menjadi trend anak muda masa kini.
Kalau dulu backpack hanya terdiri daripada bahan kanvas sahaja, tetapi kini terdapat pelbagai pilihan material backpack. Untuk nampak lebih ‘classy’, anda boleh mengenakan beg sandang yang diperbuat daripada material yang bermutu tinggi seperti kulit, kanvas dan pelbagai lagi.
Pelbagai rekaan yang unik dan urban yang boleh anda pilih. Kini jenama mewah seperti Fendi, Saint Lauren, Louis Vuitton, Balenciaga turut memperkenalkan beg sandang di dalam koleksi terbaru mereka.
Ini beg sandang kulit pilihan team Wanista.