Jenama mekap No.1 Malaysia hari ini melancarkan slogan baru khas untuk memberi inspirasi kepada para gadis yang sedang mengejar impian mereka. Make It Happen menjadi slogan inspirasi baru daripada Maybelline New York, yang mahukan para gadis di Malaysia mengejar impian mereka tanpa rasa takut, sebaliknya dengan penuh keyakinan, sikap positif dan penuh kreatif.
Sewaktu majlis pelancaran slogan baru, Pink Fong, Pengurus Pemasaran Maybelline New York Malaysia, menjelaskan rasional di sebalik slogan jenama yang baru ini.
“Sebagai jenama kecantikan untuk wanita, kami melihat keperluan untuk mengubah cara kami berkomunikasi terutamanya generasi milenium baru, agar sesuai dengan cara mereka berfikir, bertindak dan menjalankan kehidupan. Slogan kami terdahulu, Maybe she’s born with it, maybe it’s Maybelline, kami berpesan kepada wanita sama ada mereka mewarisi wajah semula jadi yang lahir bersama mereka atau mereka boleh mengubahnya dengan mekap Maybelline,” katanya.
“Melalui slogan yang baru ini Make It Happen, kami meminta wanita untuk mentakrifkan kecantikan mengikut terma masing-masing, dan dengan semangat keyakinan yang memacu kecantikan menjadi tindakan yang penuh keberanian. Perkataan It dalam Make It Happen merupakan satu perkataan yang penuh berkuasa yang menjadi sebahagian daripada slogan Maybelline sejak beberapa dekad, kini It terletak kepada setiap wanita untuk mentakrifkannya sendiri. Slogan ini menyatakan bagaimana Maybelline New York memperkasakan para wanita hari ini untuk mentakrifkan kecantikan mereka sendiri, menjalani kehidupan yang sepenuhnya dan mencapai impian,” tambah Fong.
Bukan itu sahaja, ketahui lebih lanjut tentang kuasa transformasi melalui solekan Maybelline solek dalam buku It Girls, kini boleh didapati di Facebook Maybelline Malaysia dan hashtag rupa yang anda suka atau tampilkan #MaybellineITGirls.
Dengan pelbagai jenis produk Maybelline yang boleh didapati di semua kedai utama dan farmasi, mesej Make It Happen oleh jenama ini bakal mencapai kepada gadis-gadis Malaysia dari semua lapisan masyarakat, memberi insprasi kepada mereka untuk berjaya dan menakluk semua kemungkinan.