Kemunculan kuman yang lebih kuat kini menjadi kebimbangan global, kerana penyebaran kuman ini mengundang isu-isu kesihatan yang berkaitan kebersihan, terutamanya di kalangan kanak-kanak yang masih tidak mampu menjaga kebersihan diri.
Lifebuoy dengan teknologi Activ Naturol Shield serba maju kini memperkenalkan Clini-Shield 10. Sabun badan antibakteria yang baru dilancarkan ini menyediakan perlindungan kuman 10x* dan penjagaan kulit yang lebih baik untuk perlindungan badan menyeluruh.
Lifebuoy Clini-Shield 10 dengan teknologi berpaten yang dinamakan Activ Naturol Shield, mengandungi kombinasi ramuan bersinergi untuk perlindungan kuman, pembersihan dan penjagaan kulit untuk pembersihan yang tidak merengsakan kulit dan perlindungan kuman yang lebih baik. Lifebuoy Clini-Shield 10 yang telah diuji dan terbukti, didapati serta-merta mengurangkan kuman pada kulit selepas pembersihan. Lifebuoy Clini-Shield 10 juga melembapkan kulit, menjadi gandingan terbaik antara pembersihan dan penjagaan.
Pengerusi Unilever Malaysia, Singapura, Myanmar, Kemboja & Laos, Rakesh Mohan berkata, “Ahli Sains Unilever di Pusat Penyelidikan Bangalore telah memanfaatkan sumber semula jadi yang tiada batasan untuk mencapai tahap perlindungan kuman sebanyak 10 kali. Ahli sains kami telah mengenal pasti bahan yang wujud secara semula jadi dalam sap pokok pain dan daun taim yang mengurangkan kuman dengan lebih berkesan, lantas menjamin perlindungan kuman dan penjagaan kulit dengan lebih baik menerusi Lifebuoy Clini-Shield 10. Produk terbaru kami bagi Lifebuoy ini telah dirumuskan untuk menangani kebimbangan ibu-ibu yang mahukan penyelesaian perlindungan kuman yang lebih berkesan untuk keluarga mereka. Lifebuoy Clini-Shield 10 ialah penyelesaian sempurna yang dicari oleh ibu-ibu yang mahukan produk yang unggul.”
Pencegahan sememangnya lebih baik daripada rawatan dan sebenarnya, kita hanya perlu mengambil langkah mudah untuk menjaga kebersihan. Lifebuoy Clini-Shield 10 baru dengan Activ Naturol Shield memberikan perlindungan lebih baik terhadap kuman dan lebih lembut pada kulit, serta melindungi badan dengan lebih menyeluruh berbanding sabun lain tanpa bahan aktif. Ini memastikan keluarga anda mendapat perlindungan tambahan sambil memberikan penjagaan kulit yang sewajarnya.