Lelaki masa kini sangat komited dalam aspek penjagaan peribadi, kebersihan diri dan keinginan kelihatan terbaik, sama seperti wanita. Prinsip yang menyifatkan lelaki aktif dan ‘macho’ tidak mengambil berat tentang penampilan luaran sudah tidak benar kerana realiti hari ini amat berbeza.
Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club.
Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.
Rangkaian ini terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi dengan gaya hidup aktif.
ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.
OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.
EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.
ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!
WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!
Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90.