Tidak sah jika menyambut Hari Natal tanpa pemberian hadiah. Perayaan yang penuh makna ini akan lebih bermakna jika anda merealisasikan impian orang yang tersayang dengan memberi mereka sesuatu yang begitu sentimental melambangkan personaliti peribadi mereka.
Jam tangan adalah aksesori utama buat mereka yang gemar bergaya ringkas. Ia bagaikan hadiah yang paling sempurna buat si pria. Tidak perlu susah berfikir memikirkan hadiah apa yang perlu dicari untuk diberi kepada mereka yang bernama lelaki. Jam tangan dari Corniche yang menerapkan ciri macho dan keanggunan ini mungkin menjadi kejutan besar buat si penerima.
Corniche diinspirasi oleh pengasas Sweden yang berasal dari kawasan French Riviera, sebuah kawasan yang terletak di pantai berbatu, aroma semerbak yang dilahirkan pokok pain adalah sangat nyaman serta udara petang yang hangat diselangi kicauan cengkerik.
Mengutamakan simplisiti serta ciri minimalis dalam rekaan, Corniche Heritage 40 pasti memberi 1001 karakter kepada si pemakai. Dikuasakan dengan teknologi pergerakan fungsi yang disokong Miyota 2025 Quartz, selain dilitupi kaca nilam kalis air sehingga 50m.
Ilham rekaan yang berdasarkn alam semula jadi suci ini begitu mempersona. Jejarum penunjuk masa yang berwarna biru mewujudkan kontras pada dasar versi dial jam yang berwarna putih.
Cuping yang berada dipenghujung bingkai jam mempunyai lekuk yang bersesuaian dengan lekungan bentuk tangan, seterusnya memberi keselesaan sepanjang masa. Terdapat dalam dua pilihan warna berbeza iaitu bingkai yang bersalut rose gold dan bingkai keluli tahan karat, manakala kacing butterfly-style yang menyambungkan kedua belah tali jam adalah sangat bersesuaian dan mudah dipasang.
Anda boleh dapatkan Corniche Heritage 40 di semua outlet Red Army Watches Malaysia dan Dapper & Gentry. Harga pasaran yang ditetapkan adalah RM1,680.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari redarmywatches.com