Kadang-kadang, ianya agak susah untuk menyedari apa yang ada dihadapan mata.
Perkenalkan sebuah lagi drama Korea yang meruntun hati, diadaptasi dari siri drama hit Taiwan yang pernah merangkul anugerah In Time With You dibintangkan Ariel Lin dan Chen Bolin, The Time We’re Not In Love yang dijayakan oleh gandingan dua pelakon sensasi Korea, Ha Ji Won dan Lee Jin Wook.
Drama romantis ini menampilkan watak seorang gadis yang bernama Ha Na (Ha Ji Won) dan jejaka tampan Choi Won (Lee Jin Wook) telah sekian lama menjalinkan persahabatan sejak kecil lagi.
Setelah umur hampir menjangkau 30-an, mereka kian merasa tertekan terhadap situasi peribadi masing-masing. Mengakui yang mereka sedang tercari-cari akan pasangan idaman yang saling melengkapi kelemahan diri, secara tanpa disedari, mereka rupanya mempunyai perasaan yang melebihi sebagai seorang sahabat terhadap satu dengan yang lain.
Disinilah konflik permulaan cerita bermula. Pelbagai cabaran yang harus dilalui demi mencari cinta yang sejati. Adakah mereka berjaya menemui pasangan abadi yang bisa membahagiakan kehidupan selepas ini?
Untuk sama-sama merasakan bibit-bibit cinta yang terbit disetiap 16 Episod drama bersiri Korea ini, jangan lupa tonton The Time We We’re Not In Love November ini. Setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 7.40pm, hanya di Astro Beyond saluran 393.
Terdapat sarikata Bahasa Melayu dan Mandarin.