Pejam celik pejam celik, Disember makin hampir. Musim percutian! Musim perayaan Krismas! Masa terbaik untuk bertukar-tukar hadiah di samping mengeratkan silaturahim antara keluarga dan rakan-rakan.
Tetapi sebelum itu, bila bicara tentang Krismas, dah fikir hadiah apa yang ingin diberikan kepada yang tersayang. Pening kepala? Logitech ringankan beban anda kerana mereka ada beberapa pilihan hadiah terbaik untuk anda.
#Multi-tasker
Logitech K480 adalah hadiah yang sempurna dalam menjanjikan agar tugas ‘multitasking’ anda lebih praktikal?! Dengan K480, keluarga atau rakan anda boleh menaip pada komputer dan flick pada Easy-Swift dial untuk respon kepada mesej Whatsapp di telefon pintar dan taip tweet di tablet. Logitech MX Anywhere 2 pula mempunyai sensor Darkfield Laser, tetikus mudah alih yang mempu mengesan di mana-mana permukaan termasuk kaca. Dilengkapi dengan mod click-to-click untuk navigasi lebih tepat.
#Music junkie
UE Boom by Logitech adalah pemain muzik untuk sosial, yang pertama seumpamanya. Ia adalah pembesar suara stereo dengan pengeluaran bunyi 360-darjah menerusi rekaannya yang seakan sebuah silinder, dan dikuasakan bateri terbina dalam. Bateri pada UE BOOM, boleh memainkan lagu sehingga 15 jam lamanya dengan sekali pengecasan. UE BOOM menggunakan port mikro-USB 2.0 untuk mengecas, jadi anda boleh juga menggunakan power bank untuk memanjangkan lagi hayat UE BOOM ini.
#Gamer
Jika anda seorang gamer, you can’t go wrong with Logitech G310 Atlas Dawn Mechanical Gaming Keyboard, permainan video yang cukup mengagumkan. Menampilkan Logitech Romer-G mechanical switches, Logitech G310 menawarkan pergerakan 25% lebih cepat daripada standard papan kekunci mekanikal. Selain daripada itu, Logitech G310 juga dilengkapi dengan central backlighting pada kekunci untuk lebih bersih, pandangan yang lebih mudah dibaca.
Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web www.logitech.com.