Melatih bayi atau anak kecil berenang bukanlah suatu hal yang luar biasa lagi. Kini sudah ramai ibu bapa yang mula mengetahui manfaat melatih anak kecil mereka berenang.
Namun harus diingatkan, mengajak bayi berenang boleh membahayakan mereka jika tidak dilakukan dengan tepat. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang sihat. Di samping itu, anda juga perlu memperhatikan suhu dan cuaca jika ingin membawa bayi ke kolam renang yang terdedah pada cuaca panas dan hujan. Anda juga perlu memilih kolam renang yang khusus buat bayi, dimana kandungan airnya tidak mengandungi klorin yang banyak.
Berikut merupakan beberapa kebaikan melatih anak anda berenang sejak bayi lagi:
1. Meningkatkan Keyakinan Diri
Kemampuan menakluki air akan membuatkan bayi menjadi lebih berkeyakinan. Jika dilakukan secara rutin, kemampuan renangnya akan meningkat dari hari ke hari. Keyakinan diri anak anda juga akan jadi semakin mantap.
2. Meningkatkan Kemampuan Belajar
Bayi akan belajar merespons perintah repetitive ketika berenang. Perkara ini baik untuk menajamkan kemampuan mental serta meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap kata-kata.
3. Kemampuan Bersosial
Bayi yang kerap diajak ke kolam renang atau ke kelas renang bayi biasanya lebih banyak berinteraksi dengan orang lain. Mereka tidak takut atau canggung ketika berada di persekitaran yang ramai orang, tidak takut untuk bersentuhan dengan orang lain serta berinteraksi dengan orang baru.
4. Melatih Ketenangan
Bayi yang sudah terbiasa berada di dalam air tidak mudah diserang rasa panik atau cemas. Mereka sudah terbiasa dengan keadaan cemas seperti nyaris tenggelam, tertelan air dan mencari pegangan ketika tergelincir.
5. Memperkenalkan Gaya Hidup Sihat
Berenang sejak bayi membuatkan anak akan terbiasa dengan gaya hidup sihat. Berenang juga merupakan aktiviti fizikal terbaik untuk membuatkan bayi anda tidur lebih nyenyak. Berendam dalam air suam juga akan membuatkan tubuhnya menjadi lebih tenang dan berenang akan membangkitkan nafsu makan.
[Sumber]