Setiap wanita muda yang memakai hijab mempunyai impian seperti wanita lain – cita-cita untuk dicapai dan kisah untuk diceritakan. Sunsilk sentiasa komited untuk memperkasakan wanita berhijab supaya mencapai impian dan berkongsi kisah mereka. Tahun ini, Sunsilk bekerjasama dengan Astro untuk menyediakan platform kepada wanita berhijab, yang bercita-cita untuk merealisasikan impian mereka melalui kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk.
Banyak cerita yang unik dan berinspirasi tentang wanita berhijab yang masih belum diceritakan. Dengan kempen ini, Sunsilk mengambil langkah ke hadapan dalam berkongsi kisah kejayaan tiga model peranan – penyanyi Najwa Latif, pengarah Melissa Saila dan wartawan penyiaran Khairunnisa Kasnoon – untuk memberi inspirasi kepada wanita muda yang berhijab agar membantu membimbing mereka ke arah yang betul. Setiap model peranan akan membimbing seorang anak didik muda untuk dimentor dalam industri masing-masing.
Kerjasama dengan Astro ini akan menampilkan tiga orang wanita berhijab untuk memulakan perjalanan yang mengubah hidup ini – satu untuk setiap mentor, Najwa, Melissa dan Khairunnisa, untuk membimbing mereka dalam industri masing-masing, iaitu muzik, filem dan wartawan penyiaran. Calon-calon mesti menunjukkan kesungguhan mereka dalam mencapai cita-cita dalam bidang muzik, filem atau kewartawanan. Ketiga-tiga peserta akhir yang terpilih tidak akan bersaing; sebaliknya mereka akan melalui pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.
Perjalanan anak didik muda ini bersama mentor mereka akan didokumenkan dalam siri episod pendek. Episod-episod akan menunjukkan pengalaman calon belajar daripada Najwa, Melissa dan Khairunnisa, disamping menceritakan kisah calon-calon ini yang diperkasakan untuk mencapai impian mereka. Siri ini akan mengandungi 10 episod yang akan ditayangkan di Astro hlive! dan dimuat naik ke laman web Astro Gempak.
Episod Kecapi Impianku Bersama Sunsilk akan disiarkan sebagai segmen khas lima minit di hlive! setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat jam 8.30 malam bermula 14 Oktober, 2015, secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Awani (saluran 501).
Terdapat perhubungan antara penampilan luar dan keyakinan dalaman bagi wanita. Keyakinan daripada rambut yang cantik boleh memperkasakan seseorang wanita. Sejurus itu, keyakinan yang datang daripada kulit kepala yang bersih dan segar, boleh memperkasakan dan meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita berhijab. Dalam memahami keperluan ini, Sunsilk mencipta Lively Clean & Fresh bersama Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala. Diperkaya dengan Vitamin Citrus ComplexTM, varian ini membersihkan sebum kulit kepala berlebihan, dan menyegarkan kulit kepala hanya dengan satu basuhan.
Tahun ini, Sunsilk Lively Clean & Fresh direka dengan wangian yang lebih bertahan lama, dengan ekstrak limau dan wangian limau baharu. Ia kini mempunyai aroma yang lebih kuat dan tahan lama, direka untuk memberikan wanita berhijab kulit kepala yang bersih dan segar yang membolehkan mereka berasa selesa sepanjang hari, bebas untuk mengejar impian mereka.
Dengan keyakinan yang datang daripada rasa kulit kepala yang bersih dan segar, gadis berhijab yang berbakat kini boleh merebut peluang untuk mengambil langkah pertama mereka ke dalam industri pilihan mereka – sama ada muzik, filem atau kewartawanan.
Jenama ini sedang mencari wanita muda berhijab berumur 18 hingga 29 tahun, yang bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian mereka dalam industri muzik, filem atau kewartawanan. Panggilan untuk penyertaan Kecapi Impianku Bersama Sunsilk dibuka pada 11 Ogos 2015, dan akan ditutup pada 6 September 2015. Penyertaan boleh dihantar melalui laman web Astro Gempak. Penyertaan juga akan diterima sepanjang siri jelajah Kecapi Impianku Bersama Sunsilk.
Akan terdapat dua acara rekrutmen, di mana wanita muda berhijab boleh menemui mentor-mentor yang turut serta:
- Setia City Mall pada 22 Ogos 2015, 05:00 petang – 6:00 petang
- Putrajaya Allamanda Mall pada 29 Ogos 2015, 05:00 petang – 6:00 petang
Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk.