Ketibaan musim luruh/sejuk 2015 pastinya memberi kerancakan dan tenaga yang datang kerana cuaca mulai sejuk.
Kesronokan musim baru ini memberi inspirasi baru kepada Oroton dalam mereka kepingan abadi dan kemas kini ‘signature style’ yang glamor dan santai.
Musim luruh/sejuk adalah sambutan warna yang diambil daripada pertempuran budaya dunia global.
“This season originates from a journey of discovery where cultures blend and transform. We celebrated new places, colour and discovered new institutions,” Creative Director, Ana Maria Escobar.
Koleksi musim baru ini direka daripada kanvas untuk kasut dan bag malah dikemaskini dengan cetakan bunga timbul.
Menariknya, kepingan edisi khas yang dipilih oleh pelakon dan duta Oroton, Rose Byrne sebagai koleksi kegemarannya. Setiap beg dilengkapi dengan tandatangan yang dicetak dari Rose, menandakan ia sebagai kepingan abadi.