Tak tahu nak hidangkan apa buat tetamu yang hadir beraya di rumah? Nah, kami berikan idea untuk anda, iaitu Kuah Lodeh dengan Nasi Impit!
Bahan-Bahan
Nasi impit secukupnya
Bahan-Bahan Kuah Lodeh
10 kacang panjang
Bunga kobis secukupnya
1 biji carrot
Sayur kobis secukupnya
1 paket suhun/fucuk – direndam sehingga lembut
1 paket tempe
2 biji cili merah (dipotong menyerong)
1 liter santan cair
500ml pati santan
Garam secukup rasa
*Boleh ditambah lagi santan cair jika kuah terlalu pekat, atau kuah cair boleh ditambah sedikit pati santan. Boleh dipelbagaikan lagi jenis-jenis sayur mengikut citarasa anda. Boleh juga ditambah udang segar ke dalam Kuah Lodeh ini.
Bahan-Bahan Dikisar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
100g udang kering (direndam dahulu)
2 batang serai
Cara-Cara Penyediaan
- Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong mengikut saiz yang sesuai.
- Potong tempe, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit/garam, goreng tempe sehingga masak kekuningan. Bila sudah masak, angkat tempe, toskan dan ketepikan dahulu.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar. Kacau semua bahan ini sehingga wangi dan terus masukkan santan cair. Biarkan kuah santan sampai mendidih.
- Masukkan sayur yang keras terlebih dahulu dan kacau kuah sekali-sekali.
- Kemudian, masukkan pati santan dan masukkan sayur yang lebih lembut. Kacau kuah lagi, serta masukkan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan tempe yang telah digoreng tadi dan juga suhun/fucuk.
- Biarkan kuah mendidih, bila sayur sudah masak bolehlah tutup api.
- Siap!