Karl Lagerfeld mengubah Grand Palais kepada kasino untuk Chanel Couture Fashion Show yang berlangsung pada Selasa, memaparkan beberapa bintang seperti Kristen Stewart, Julianne Moore, G Dragon, Rita Ora dan banyak lagi.
Tetapi bahagian yang terbaik daripada fashion show tersebut adalah persalinan gaun pengantin ikonik Chanel yang dipakai oleh Kendall Jenner. Malah, model 19 tahun itu hampir tidak dikenali dengan gaya ala tomboy, rambut bob funky bersama solekan bright dan edgy cukup menawan sekali.