Pening memikirkan apa yang patut dimasak untuk bersahur dan juga berbuka puasa? Nah, kami kongsikan resepi Ayam Goreng Dengan Kentang yang boleh anda sediakan. Cukup mudah!
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong mengikut citarasa anda)
2 biji bawang holland (potong bulat)
5 biji cili api (diketuk)
6 biji kentang (buang kulit dan potong 6)
Serbuk Cukup Rasa Maggi
Langkah-Langkah Penyediaan
- Gorengkan ayam yang telah dipotong seperti biasa. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian, gorengkan kentang sehingga empuk.
- Apabila kentang telah empuk, masukkan bawang holland dan cili api ke dalam. Gaul sebati sehingga bawang dan cili layu.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan secubit Serbuk Cukup Rasa Maggi dan gaulkan sebati.
- Siap!
Sumber resepi: Facebook Sekadar Resepi