Salah satu menu yang penulis belajar ketika menghadiri pelancaran The Little Red Food Truck oleh Adam Liaw adalah Beef Bulgogi Kimchi Wrap yang boleh anda buat ketika sahur. Resepi ini bukan sahaja mudah tetapi cukup mengenyangkan, ditambah lagi wrap dari Mission Foods, cukup berbaloi untuk memberi tenaga dalam melakukan tugas harian ketika Ramadhan.
Cara penyediaan Bulgogi
- 1kg hirisan nipis daging lembu bahagian atas
- 1 biji bawang kecil dicincang kasar
- 1 biji pear Nashi, dikupas dan dibuang biji
- 6 ulas bawang putih, dikupas
- ½ cawan kicap
- 2 sudu besar gula kastor
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu besar minyak bijan, 2 sudu besar minyak bijan untuk menggoreng
- ¼ cawan air sejuk
- 1 sudu besar bijan bakar
Cara penyediaan Wrap
- 6 Korean sesame leaves (perilla)
- 3 cawan salad dicincang
- 3 cawan kimchi, dihiris
- 1 cawan mayonis Jepun
- 2 cili hijau dihiris nipis
- 6 Mission garlic wraps
1. Untuk bulgogi, kisarkan bawang, pear Nashi, bawang putih, kicap, gula, madu dan 1 sudu besar minyak bijan, jadikan ianya pes. Pes tadi diletak pada daging lembu dan dibiarkan semalaman.
2. Panaskan minyak bijan dalam kuali goreng yang besar dan goreng bulgogi dalam kelompok sehingga sebati dan empuk. Tabur sedikit bijan.
3. Untuk menghidang, letakkan daun bijan pada setiap bungkus dan atas diletakkan salad, kimchi, mayonis dan cili. Balut dan hidangkan.