Penyanyi terkenal, Katy Perry menyerlahkan sisi nakalnya dalam iklan terbaharu jenama pakaian dan aksesori terkemuka dunia, Moschino. Katy Perry yang merupakan wajah baharu Moschino kelihatan cantik dan mengancam memakai koleksi musim luruh-sejuk jenama tersebut.
Perry telah berkongsi beberapaa foto daripada kempen iklan terbaharu Moschino itu di akaun Instagram miliknya.
Superstar berusia 30 tahun yang popular dengan lagu “Teenage Dream” itu tampil dengan membawa gaya rambut ala Kris Jenner, mengenakan pelbagai jenis pakaian dan aksesori dengan color blocking dalam iklan berkenaan yang difotograf oleh Inez Van Lamsweerde dan Vinoodh Matadin.