Kellogg’s kini memperkenalkan lapan (8) resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes® edisi terhad, yang sesuai untuk digunakan pada bulan Ramadan ini. Maria Tunku Sabri, pengacara program menjamu selera TV terkenal yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ini, menggalakkan pengguna supaya mencuba resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes®, mengunjungi trak sampel di lokasi yang terpilih, dan menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbang biskut kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Trak sampel Kellogg’s akan berada di bazar Ramadan, pasaraya ria dan pasar raya dari 17hb Jun hingga 10hb Julai 2015. Mereka yang mengunjungi trak sampel ini juga boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat, untuk memperlihatkan pelbagai cara Corn Flakes® boleh digunakan untuk membuat kuih dan biskut istimewa untuk perayaan.
Bersama dengan Maria Tunku Sabri, pengacara popular program TV ‘Jalan-Jalan Cari Makan’, Kellogg’s berhasrat untuk menghantar biskut ke rumah anak yatim dan rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia.
Maria akan turut hadir di beberapa lokasi trak sampel yang terpilih seperti:
- Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
- Giant Batu Caves, 13 Jun (1-3ptg)
- Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)
Sepanjang bulan Ramadan, setiap kotak Kellogg’s Corn Flakes® akan memaparkan dua daripada lapan (8) resipi biskut edisi terhad: Crunchy Kellogg’s Corn Flakes Drops, Corn Flakes Bread Fingers, Cranberry Corn Flakes Cookies, Coconut and Corn Flakes Crunch, Layered Corn Flakes Parfait, Chewy Nutty Corn Flakes Squares, Cheesy Corn Flakes Melts, dan Cheesy Pandan Cake.
Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut: