Popcorn merupakan snek klasik yang digemari semua, lebih-lebih lagi kepada kaki wayang. Tiada yang lebih sempurna daripada menonton di pawagam dengan popcorn yang disaluti sepenuhnya. Pasaran kini menyaksikan perkembangan pesat pengeluaran filem, yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan popcorn, kerana ia gandingan sempurna di layar perak.
Dengan itu, PERFECTÒ telah memperkenal PERFECTÒ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu; menjadikannya teman sejati anda ketika menonton filem. PERFECTÒ Popcorn didatangkan dalam tiga perisa klasik, “Chocolate in Love”, “French Vanilla” dan “Ultimate Caramel” bagi menepati citarasa semua.
Pelancaran PERFECTÒ Popcorn menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui karpet merah PERFECTÒ Popcorn. Para tetamu kemudiannya disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat dengan popcorn yang menggoda selera tetamu.
Aturcara diteruskan dengan tayangan istimewa filem “SPY”. Keseronokan menonton ditambahkan lagi dengan hidangan PERFECTÒ Popcorn, iaitu popcorn yang disaluti 100%.
PERFECTÒ Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan rasa yang disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan kita dekat kepada pengalaman berada di pawagam.
PERFECTÒ Popcorn, snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit RM4.50 bagi pek kecil (85g) dan RM7.50 untuk pek besar (160g).
Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook rasmi PERFECTÒ di www.facebook.com/PerfectSnacks.