ZALORA, Destinasi Fesyen atas Talian di Asia melancarkan edisi terbaru mereka iaitu Koleksi Raya Pakaian Pakai Siap dengan beberapa pereka fesyen di Malaysia. Syomir Izwa, Bella Ammara, Sugarscarf, Fazura, dan label Muslimah ZALORA iaitu, ZALIA, menampilkan koleksi terbaru mereka di pertunjukan fesyen bersama yang diadakan di JW Marriott Kuala Lumpur.
Koleksi Fazbulous Raya 2015 telah direka oleh bintang tanah air popular, Fazura. Koleksi yang dipanggil ‘Seri Panggung’, mendapat inspirasi daripada watak-watak yang berwarna-warni yang pernah dimainkan oleh Fazura di layar perak. Hasilnya ialah sembilan reka bentuk yang unik dan elegan dibuat daripada kain yang indah dan hiasan halus, semestinya untuk Raya yang menyenangkan. ZALORA dengan bangganya membawa ciptaan indah Fazura ke dalam laman web dan percaya bahawa koleksi ini mewakili keanggunan beliau dan gaya feminine yang berkeyakinan.
Koleksi Fazbulous Raya by Fazura boleh didapati di www.zalora.com.my bermula minggu ketiga Jun 2015.