Selepas dua bulan suntuk meneliti karya-karya yang dikemukakan, 10 seniman grafiti terhandal, yang telah memperlihatkan bakat seni yang sangat baik, berjaya melangkah ke pusingan akhir pertandingan Inisiatif Seni Nando’s 2015. Pengadilan semua karya adalah berdasarkan keaslian dan daya kreatif, konsep dan interpretasi ‘Seni Anda, Kisah Anda’, kualiti reka bentuk dan gubahan, penggunaan medium dan kemasan artistik, dan kesan keseluruhan.
Untuk mengetahui siapakah di antara empat seniman berbakat ini yang akan menjadi Pemenang Hadiah Utama Grafiti, jangan lupa datang ke finale akhir Inisiatif Seni Nando’s 2015 pada 27 Mei di Publika! Grand Finale Inisiatif Seni Nando’s 2015 bukan sekadar upacara penyampaian hadiah bagi kategori Seni Halus, Seni Digital dan Seni Grafiti/Street Art, pameran akan turut diadakan dari 27 Mei hingga 7 Jun bagi karya-karya yang telah dikemukakan bagi pertandingan tahun ini.
Di acara Grand Finale, hadiah ditawarkan seperti berikut:
Kategori seni halus & seni digital:
- Hadiah utama – Pameran solo bertajaan penuh, RM5,000 tunai, dan baucar Nando’s bernilai RM500
- Pemenang kedua – RM3,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
- Pemenang ketiga – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
- Hadiah sagu hati (x3) – RM1,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
Kategori grafiti/street art:
- Hadiah utama – RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
- Hadiah sagu hati (x3) – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Seni Nando’s, layari www.nandos.com.my/artinitiative