Anda mempunyai masalah pori wajah yang besar dan terbuka? Jangan risau, perkara sedemikian biasa berlaku dalam kalangan wanita dan ia merupakan masalah yang boleh diatasi dengan mudah. Jom, kami kongsikan DIY mask untuk mengecilkan pori-pori pada wajah menggunakan dua bahan sahaja! Cukup mudah!
Bahan-Bahan
1 biji telur (ambil putihnya)
1 sudu besar tepung jagung
Cara Membuat dan Menggunakan
- Campurkan putih telur dengan tepung jagung.
- Kacau rata.
- Oleskan pada wajah menggunakan jari.
- Ambil posisi baring.
- Biarkan mask itu mengering selama 20 minit.
- Kemudian, bilas hingga bersih.
Selamat mencuba!