LINE, peneraju platform kehidupan di dunia, secara rasmi melancarkan program ganjarannya, LINE Mileage, khusus untuk semua rakyat Malaysia.
Dengan pelbagai jenama gaya hidup mewah termasuk Starbucks, Chatime, Zalora, Lazada dan lebih banyak lagi, pengguna LINE boleh menikmati keistimewaan yang menarik dengan hanya berbual melalui LINE. Untuk setiap satu mesej – dalam bentuk teks, pelekat atau sticons – yang dihantar melalui LINE, pengguna akan menerima 1 Friendship Point yang akan dikumpul ke dalam BCARD mereka dan boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran. Semua pengguna baru LINE akan menerima 300 Friendship Point yang bersamaan dengan RM3 (sehingga 26 April), sebagai hadiah alu-aluan.
Sempena pelancaran itu, LINE memperkenal selebriti popular Korea, Lee Kwang Soo sebagai wajah LINE Mileage di Malaysia. Rakyat Malaysia akan dapat melihat Lee Kwang Soo dan aksi-aksi kelakar beliau dalam siri TVCs yang akan melanda Malaysia. Sebagai bonus tambahan, LINE akan berkongsi klip video disebalik tabir Lee Kwang Soo yang sangat lucu.
“Saya gembira dapat bertemu dengan peminat saya di Malaysia melalui peluang dengan LINE Malaysia ini. Saya berharap semua orang dapat menikmati ganjaran yang paling menarik melalui LINE Mileage semasa berbual dengan LINE!” kata Lee Kwang Soo.
Berikut adalah cara untuk mengambil bahagian dalam LINE Mileage dan mendapatkan mata untuk ganjaran:
Langkah 1: Hantar satu mesej LINE kepada rakan anda untuk menerima 1 Friendship Point. (1 LINE Mesej = 1 Friendship Point) *Termasuk Terma & Syarat
Langkah 2: Masukkan nombor akaun BCARD anda dalam papan pemuka LINE Mileage di bawah “My BCARD”. BCARD boleh didapati tanpa sebarang kos di Starbucks, Chatime, Caltex, Cosway dan di beberapa outlet lain. (Lihat senarai penuh lokasi di http://r.line.me/lMzz)
Langkah 3: Apabila anda mengumpul 1,000 Friendship Point, pindahkannya ke BCARD anda untuk menerima 1,000 Mata BCARD bernilai RM10.
Langkah 4: Tebus Mata BCARD anda dan nikmatilah ganjaran dari pelbagai jenama! (Lihat senarai penuh jenama di http://r.line.me/lMzz)
Link Untuk LINE Mileage
LINE Mileage: http://r.line.me/lMzz
Klip video disebalik tabir Lee Kwang Soo: LINE Mileage Lee Kwang Soo BTS.mp4