Spotlight, pusat jualan kain, kraf dan pelbagai kelengkapan rumah terbesar di Australia bakal membuka cawangan keduanya di IPC Shopping Centre pada 14 Mac ini bermula pukul 10 pagi. Spotlight kini mempunyai 125 kedai di Australia, New Zealand dan juga Asia.
Berikutan kejayaan pembukaan cawangan pertama di Ampang Point pada Julai yang lalu, Spotlight meneruskan misi untuk membawa pengalaman membeli-belah yang unik, penuh inspirasi pada lokasi mudah diakses dengan tawaran lebih hebat dan kepelbagaian barangan yang lebih baik.
Pusat jualan itu menempatkan lebih 70,000 pilihan menarik dan berkualiti tinggi merangkumi barangan perhiasan rumah, tempat tidur, kain, barangan kraf, keperluan parti dan pelbagai lagi.
Jualan Besar-Besaran @ Spotlight IPC Shopping Centre
Pastikan anda pergi ke IPC Shopping Centre 14 Mac ini, pukul 10 pagi untuk pembukaan Spotlight secara besar-besaran dan menikmati pelbagai diskaun khas. Akan ada hadiah-hadiah menarik seperti gift cards dan goodies untuk dimiliki. Bukan itu sahaja, anda juga akan dilayan dengan badut, sesi kraf dan lukisan muka.
Penjualan pembukaan besar-besaran tersebut akan berlangsung sehingga 24 Mac 2015. Daftar sebagai ahli VIP melalui laman web untuk menerima tawaran eksklusif dan maklumat mengenai Spotlight.
Kejutan Kraf @ Spotlight Ampang Point
Dan bukan itu sahaja! Bersempena dengan bulan Mac sebagai Bulan Kraf, Spotlight menganjurkan tiga festival mini, iaitu Art & Craft Fest, Sew & Quilt Fest dan Scrap Fest menggunakan elemen-elemen penting dalam kraf di Spotlight Ampang Point.
Pertandingan yang hebat juga akan berjalan sepanjang bulan Mac dengan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama wang tunai, mesin jahit, gift cards dan banyak lagi!
Spotlight cawangan terbaharu terletak di No. 2, Tingkat 2 IPC Shopping Centre, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara, 47000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Layari laman web Spotlight di www.spotlight.com.my atau Facebook untuk keterangan lanjut.