Melihat pesona artis Korea yang berkulit bersih, putih dan berseri semulajadi membuatkan kita terpukau, sekaligus teruja untuk tampil seperti mereka.
Apakata hari ini anda pelajari teknik solekan ala artis Korea. Trik dan caranya sangat mudah, dan sesiapa pun boleh mempraktikannya.
1. Artis Korea mempunyai kulit wajah yang licin, bersih dan berseri. Jadi, gunakan foundation cair pada seluruh wajah agar muka anda kelihatan putih dan bersih. Anda juga boleh gunakan BB Cream, tetapi pilih warna lembut dan sapukan nipis agar tampak natural.
2. Letakkan sedikit ‘glitter’ pada wajah anda. Untuk kulit tampak bersinar, gunakan warna metalik. Baur secara merata ke seluruh bahagian wajah. Sapukan bedak tabur ber’shimmer’.
3. Untuk kesan kening yang tebal dan lurus, anda boleh gunakan pensil kening berwarna natural, kemudian gayakan pada kening anda secara merata. Lakukan secara berulang-ulang kali.
4. Gunakan eye shadow berwarna putih. Kenakan sebahagian atau setengah bahagian sahaja ke arah keluar. Kemudian, ratakan pada bahagian kelopak atas dan juga bawah.
5. Untuk mendapatkan kesan mata yang lebih lebar, pakai warna hitam pada garis terdalam kelopak mata atas. Guna berus dan sikat kecil untuk meratakannya. Kemudian, lentikkan bulu mata anda dengan sedikit maskara.
6. Sapu nipis pemerah pipi yang berwarna cerah seperti pink ataupun peach. Letakkan secara memutar daripada tulang pipi ke arah pipi.
7. Gunakan gincu bagi melengkapkan penampilan anda. Pilih gincu berwarna natural ataupun gunakan sahaja ‘lip gloss’ jika mahu mendapatkan kesan bibir lembab dan berkilat. Untuk kesan bibir penuh pula, pakai gincu berwarna ‘nude’ atau coklat muda.
Selamat mencuba!