Syarikat Jepun Sanrio, yang mencipta Hello Kitty pada tahun 1974, telah berkolaborasi dengan syarikat taman tema hiburan Hettema Group dari California, untuk ‘menghidupkan’ taman tema menggunakan inpisrasi watak Hello Kitty yang boleh digunakan oleh orang ramai tidak lama lagi. Taman tema ini dibina di daerah Anji, wilayah Zhejiang di timur China dikatakan bakal menarik sehingga 1.5juta pelawat setiap tahun.
Pada 4 Februari lalu, Taman Tema Hello Kitty pertama di dunia dibuka di Wilayah Zhejiang, China. Belum sampai sebulan dibuka, taman tema tersebut menerima lebih banyak aduan berbanding pujian daripada orang ramai yang datang ke sana.
Berikut adalah 10 sebab taman tema tersebut tidak mendapat sambutan malah membuatkan begitu ramai orang marah akan perkhidmatan yang disediakan.
1. Taman tema ini kelihatan seperti construction site, bau cat yang masih segar ada di mana-mana sahaja.
2. Bangunannya agak lusuh dan tidak bermaya.
3. Terdapat barangan Sanrio palsu dijual di pintu gerbang.
4. Kebanyakan tempat tarikan tidak berfungsi dan ia hanya mengambil masa 10 minit untuk melihat seluruh taman tema.
5. Terdapat hanya beberapa restoran dan keadaan menjadi huru-hara. Harga yang ditawarkan juga agak tinggi.
6. Tiada satu tarikan kelihatan menyeronokkan. Semuanya membosankan.
7. Shuttle bus yang disediakan juga sedikit jadi terpaksa menaiki teksi yang tidak berlesen.
8. Semuanya terlalu mahal.
9. Anda mungkin akan enjoy jika anda berumur bawah 7 tahun.
10. Ada yang terbang dari jauh dan bila tiba di sana, ia kelihatan seperti tempat pembinaan.