London – Seorang lelaki berusia 25 tahun dengan dua alat sulit (kedua-duanya alat sulit lelaki), yang dikenali sebagai ‘Triple D’ (untuk mengekalkan identitinya tanpa nama), mendakwa telah mempunyai 1,000 pasangan seksual.
Beliau mengalami diphalliam — keadaan di mana lelaki yang dilahirkan dengan dua alat sulit, laporan BBC Newbeat. Menurut global healthcare knowledge provider BMJ, satu daripada lima juta lelaki di dunia dilahirkan dalam keadaan sedemikian.
Semasa membesar, ‘Triple D’ berjaya menyembunyikan keadaannya daripada diketahui oleh rakan-rakan, tetapi apabila rakan sekolah di sekolah tinggi berjaya mengesan hal tersebut, beliau melalui masa yang sangat sukar.
Menurut BBC Newsbeat, ‘Triple D’ mendakwa telah mempunyai lebih daripada 1,000 pasangan seksual dan menggambarkan dirinya sebagai “amat biseksual” dan berada dalam perhubungan polyamorous.
‘Triple D’ berkata kedua-dua alat sulit beliau adalah berfungsi sepenuhnya. Selain itu, beliau turut berkata penyertaan dalam industri lucah pernah terlintas di fikiran beliau, namun beliau tidak mahu menjadi terkenal disebabkan hal itu, kerana maruahnya adalah tidak ternilai.
Sumber: The Rakyat Post