Bahan utama
- 500g daging
- 1 biji bawang besar – dimayang
- 2 ulas bawang putih – dimayang
- 2 inci halia – dimayang
- 2 sudu besar cili blend (jika mahu lebih pedas, tambah mengikut citarasa anda)
- 2 sudu besar kicap lemak manis
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
Bahan berempah
- 1 sudu besar serbuk kurma
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 serbuk besar serbuk ketumbar
- 2 sudu besar jintan manis
Bahan sampingan
- Daun sup
- 1 biji bawang besar – dipotong berbaji
Bahan perapan daging
- 1 sudu besar serbuk kurma
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- Sedikit serbuk kunyit
Cara penyediaan
- Daging dihiris nipis-nipis, dibersihkan dan diperap bersama bahan perapan sekurang-kurannya 30 minit atau lebih lama adalah lebih bagus.
- Panaskan kuali bersama sedikit minyak untuk menumis.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan cili blend dan masak sehingga garing dan pecah minyak.
- Kemudian, masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata dan goreng sehingga daging empuk.
- Setelah itu, masukkan bahan berempah, kacau rata.
- Jika mahu berkuah boleh lah ditambah dalam 3/4 cawan air dan masak sehingga kuahnya pekat (terpulang pada citarasa individu).
- Rasakan dengan garam secukup rasa.
- Masukkan daun sup, dan bawang yang dipotong berbaji – kacau rata.
- Sedia dihidangkan!
Sumber: Resepimudah.com