Wajah yang cantik dengan solekan adalah tidak lengkap jika kening anda berserabut. Merias kening dengan baik akan membuatkan wajah anda tampak lebih manis dan anggun. Tahukah anda, butik kecantikan Benefit kini menawarkan perkhidmatan merias kening, body dan facial waxing, tinting dan juga perkhidmatan solekan di Brow Bar mereka? Penulis sempat mencuba perkhidmatan merias kening ‘Bling Brow’ yang menggunakan batu kristal berwarna warni dengan elemen Swarovski. Memang sesuai sangatlah jika dipakai semasa menghadiri majlis dan juga dipakai ketika musim perayaan.
Perkhidmatan riasan kening ‘Bling Brow’ di Benefit
Perkhidmatakan ini sebenarnya mengandungi batu kristal Swarovski yang boleh dilekat pada wajah, badan dan juga kening. Kristal ini boleh digunakan semula sebanyak 2-3kali dengan menggunakan gam pelekat bulu mata palsu. Jadi untuk Bling Brow, terdapat tiga pilihan riasan kening yang boleh anda cuba iaitu Touch O Bling, Over-The-Top Bling dan juga Big-Time Bling. Anda boleh memilih dari 8 warna kristal Swarovski yang berbeza untuk merias kening anda. Memang rasa seperti seorang puteri setelah kening dirias di sini. Jangan risau, jika anda membeli set Bling It On!, setiap kristal itu boleh digunakan semula, jadi tidak perlu membazir.
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan brow waxing dan brow tweeze di sini juga dengan kadar perkhidmatan bermula dari RM45. Memang agak berbaloi kerana pekerja di sini semuanya berpengalaman luas dalam bidang penataan dan riasan kening.
Set Bling It On!
Setiap set dilengkapi dengan 52 kristal Swarovski dalam 2 warna berbeza dan sepasang penyepit kecil. Di dalam setiap set juga terdapat manual bagaimana untuk merias kening anda, memang berbaloi-baloi terutamanya dijadikan hadiah untuk si dia! Setiap set berharga RM105 dan boleh didapati di semua butik Benefit bermula 1 November 2014.
Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke butik Benefit di seluruh negara : 1 Utama Shopping Centre, Mid Valley Megamall, Sephora Starhill, Alamanda Shopping Centre Putrajaya dan juga Gurney Plaza di Pulau Pinang. Layari Facebook.com/BenefitCosmeticsMalaysia atau Instagram : BenefitCosmeticsMY untuk maklumat lanjut!