Bersedialah untuk satu era baru dalam hiburan keluarga yang mengasyikkan!
Planet J dengan bangganya mengumumkan taman tema ‘Live-Action-Role-Play’ (LARP) yang pertama di dunia, akan tiba di Macau Sands Cotai Central pada musim panas 2015. Meliputi kawasan yang luas melebihi 100,000 kaki persegi di Sands Cotai Central, ia akan menjadi taman tema tetap pertama di wilayah itu.
Taman tema abad ke-21!
Dengan matlamat untuk menjadi rangkaian global yang terkemuka di dunia, destinasi interaktif bertemakan untuk kanak-kanak, keluarga dan dewasa, Planet J mentakrif semula konsep taman tema dengan pengambilalihan jenama baru konsep LARP itu. Menyediakan permainan role-playing ‘out-of-the-world’, di mana anda secara fizikal boleh melakonkan tindakan watak fantasi, dan mengejar matlamat dan berinteraksi bersama pengembara lain dalam suasana maya: semua yang dibawa masuk ke dalam kehidupan sebenar!
Taman tema Planet J yang pertama di Macau ini berlatar belakangkan fantasi Magic Stone Kingdom; melawat pengembaraan melawan Magic Stone yang jahat dan menyelamatkan kerajaan. Pemain boleh menjadi wira berani sebagai watak sepanjang pengembaraan, dan menghasilkan perjalanan yang unik dan menarik.
Dalam perjalanan yang menarik ini, setiap pemain disertakan bersama mereka “buku ajaib”, iaitu gear peribadi mudah alih yang menghubungkan lebih daripada 200 permainan aneh. Ia akan membawa anda ke dalam pengalaman yang menggabungkan teknologi state-of-the-art dan storytelling.
Di Planet J, ia bukan sahaja hanya kegembiraan dan kesenangan, tetapi semua orang juga mempunyai peluang untuk menunjukkan potensi fizikal dan intelektual mereka. Selain itu, kecerdasan, stamina dan tindak balas pemain turut diuji sepanjang permainan itu.
Taman tema yang penuh dengan fantasi! Menarik dan lain daripada yang lain, bukan?
Anda boleh layari http://www.planetj.com untuk dapatkan maklumat lanjut!