Kita sebagai rakyat Malaysia sukakan makanan, tetapi yang lebih penting, kita punya kebebasan untuk memilih makanan yang kita mahu pada masa yang kita harapkan. Walaupun ini adalah sesuatu yang kita harus bersyukur, ia juga adalah masa yang kita patut melihat ke dalam “kebenaran pahit” – wabak yang dikenali sebagai Diabetes.
Pada masa ini, National Health and Morbidity Surveys, 2011 menganggarkan bahawa kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap penyakit ini sekaligus telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai kadar tertinggi diabetes di dunia. Angka ini dijangka akan meningkat lagi kepada 4.5 juta pada tahun 2020.
Diabetes sering tidak menjadi masalah kepada kita, rakyat Malaysia walaupun telah banyak kempen dan kesedaran mengenai diabetes telah dijalankan. Kesedaran hanya akan timbul pabila disahkan menghidap penyakit tersebut, dimana saat itu semuanya sudah terlambat.
Sajian sihat, pemakanan khusus dan senaman adalah kunci ke arah menguruskan diabetes. Walau bagaimanapun, dalam masa semua orang harus waspada dalam memantau pengambilan pemakanan dan kesihatan mereka, penyelidikan dan pengalaman telah menunjukkan bahawa pesakit kencing manis sering menghadapi masalah dengan ini.
Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia yang akan datang pada 14 November nanti, kami ingin menarik minat anda dalam infografik yang disediakan oleh Abbott Nutrition untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mula mengambil serius tentang penyakit yang mengancam nyawa ini.