Anda semua pernah dengar tak mengenai Detox Water ataupun Infused Water? Detox water adalah campuran air kosong ataupun ais bersama buah-buahan segar, sahaja, tanpa ada sebarang perasa tambahan. Ianya sangat sedap dengan rasa buah-buahan yang segar disamping dapat mebuang toksin didalam badan anda.
Hari ni, Wanista ingin berkongsi dengan anda tentang kebaikan Detox Water dan juga cara membuatnya. Sangat mudah, perlu ada buah-buahan, air dan ais! Jom baca ni!
Air Lemon dan Pudina
Apa yang anda perlu lakukan adalah bersihkan daun pudina dan letakkan didasar botol atau jag air anda. Potong limau menjadi kepingan nipis. Isi dengan air dan ais dan tinggalkan ia dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian sedia untuk diminum!
Kebaikan: sangat menyegarkan dan bagus untuk pembakaran lemak!
Air Tembikai
Hanya potongkan buah tembikai menjadi kepingan kecil dan tambah sedikit daun pudina dan ketulan ais. Siap!
Kebaikan: minum air tembikai adalah salah satu proses detoksifikasi terbaik.
Air Timun
Air timun adalah permulaan hari yang hebat! Ia mengandungi 1/2 timun yang dipotong nipis, segenggam daun pudina dan juga hirisan lemon.
Kebaikan: ia menghidratkan dan membersihkan bahagian dalam badan anda. Sangat bagus untuk sistem pencernaan anda juga!
Air Strawberi
Mudah untuk dibuat dan sungguh sedap! Hanya potong beberapa strawberi dan tambahkan air dan ais. Anda juga boleh tambahkan daun pudina kedalam.
Kebaikan: rendah kalori, jangan bimbang. Ia adalah minuman yang sihat!
Air Halia
Potong setengah halia menjadi kepingan nipis dan kecil, kemudian isikan dengan air dan perahan jus lemon ke dalam jag air anda.
Kebaikan: Mempunyai selesema? Jangan bimbang. Air halia sangat efektif dan mampu mengubati selesema anda!
Air Grapefruit (Limau Gedang)
Potong grapefruit, tambahkan ais dan daun pudina mengikut kesukaan anda.
Kebaikan: membantu mengurangkan lemak dalam badan anda. Ia kaya dengan vitamin C dan adalah minuman detox yang sangat baik.
Air Limau
Potong buah limau menjadi kepingan nipis, tambahkan ais dan juga air kedalam bekas air anda. Boleh juga tambahkan daun pudina jika anda suka!
Kebaikan: penyegaran yang menakjubkan! Anda tidak perlu bimbang tentang cuaca panas jika anda membawa sebotol air limau dengan anda! Buah ini datang dengan banyak kelebihan dan salah satu yang paling utama adalah ia dapat membersihkan semua toksin dalam badan anda.
Air Apple dan Kayu Manis
Letakkan hirisan epal kedalam jag air dan tambahkan batang kayu manis. Sesuai untuk diminum sebelum makan!
Kebaikan: semua vitamin penting dan mineral yang diperlukan oleh badan anda dalam satu minuman yang lazat.
Air Beri
Adakah anda ingin menarik perhatian rakan-rakan anda dengan melayani mereka dengan minuman luar biasa dan segar? Anda juga boleh bersama-sama menikmati manfaat sihat yang datang bersama minuman tersebut. Letakkan buah beri, tambahkan ais dan air. Siap!
Kebaikan: buah beri mengandungi paras antioksidan yang tinggi. Ianya juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kulit anda sihat berseri!
Air Oren
Jika anda terlalu malas untuk memerah limau di pagi hari, di sini adalah pilihan yang lebih baik. Potong buah oren menjadi kepingan dan letakkan didalam botol. Sekarang anda sudah bersedia untuk pergi ke kerja!
Kebaikan: kaya dengan vitamin C yang bagus untuk badan anda. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan.
Air Cocktail
Di sini anda mempunyai semua kebebasan. Anda boleh campurkan semua buah-buahan yang anda suka dan nikmati kemewahan rasanya. Tapi, tolong jangan letak pisang, ya!
Sumber: Top Inspired