Kita sedia maklum bahawa kos untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan memang tinggi. Malah, kos untuk berbulan madu juga besar. Jadi, adakah anda ingin meneruskan saat indah bulan madu atau menangguhkannya? Anda hanya perlu bijak mengurus kewangan dan mengetahui tip penjimatan perbelanjaan untuk bajet pengangkutan yang agak mahal.
1. Mengetahui rangkaian penerbangan yang menawarkan harga diskaun yang rendah
Tempahan tiket penerbangan murah yang ditawarkan perlu ditempah setahun sebelum pemergian. Dengan cara ini, anda akan dapat menjimatkan kos kewangan dan disimpan untuk perbelanjaan keperluan yang lain.
2. Tidak menggunakan servis internet yang ditawarkan
Elakkan menggunakan kemudahan Wi-Fi yang ditawarkan kerana caj Wi-Fi sahaja adalah 3 kali ganda harga biasa. Sebaikknya anda gunakan perkhidmatan talian berbayar ‘online’ secara bulanan tatkala berbulan madu. Ini lebih menjimatkan dan berbaloi.
3. Membawa air mineral sendiri
Air mineral pasti dikehendaki di mana sahaja anda pergi. Bawalah air mineral sendiri ketika penerbangan bersama pasangan untuk menjimatkan kos perbelanjaan. Harga mineral yang dijual juga sangat mahal ketika penerbangan.
4. Membawa bekalan makanan yang mencukupi
Bawalah makanan yang boleh mengalas perut seperti roti atau semasa berbulan madu. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan makanan yang mahal. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membawa aneka makanan kering jika ingin berjimat cermat malah was-was akan status halal di negara yang anda lawati.
5. Membawa bahan bacaan yang menarik
Bahan bacaan seperti majalah dan komik sangat diperlukan. Anda akan merasa bosan sekiranya tiada bahan bacaan. Di samping itu, elakkan membeli bahan bacaan di destinasi anda. Sebaiknya, bawalah dari rumah atau beli di kedai berdekatan rumah anda.
6. Tidak membawa terlalu banyak beg
Jangan membawa terlalu banyak barang ketika bulan madu. Ini akan meningkatkan kos bayaran untuk barangan anda. Sebaiknya, bawa barang yang penting sahaja.