Fesyen si petite? Tips yang perlu dititikberatkan – Pakai pakaian dari rona warna yang sama atau lebih mudah lagi hanya satu warna dari atas hingga ke bawah. Bagi menutup kekurangan terutamanya ketinggian, padankan seluar atau legging yang senada dengan warna baju. Pakai seluar atau celana jean yang mempunyai potongan lurus. Elemen aksesori perlu dititikberatkan kerana aksesori mampu mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata.
Jangan pakai baju yang terlalu besar kerana kamu hanya akan kelihatan pelik atau mungkin orang akan berkata baju tersebut sebagai ‘baju pinjam’. Jangan sesekali memakai kasut pump atau kasut mendatar yang lain. Elakkan juga pemakaian kasut silang yang terlalu banyak tali kerana ia akan menampakkan kaki kamu lebih pendek.
Jom tengok 10 trend fesyen untuk si petite patut elak.
1. Oversized Bags – Jangan bersembunyi di sebalik beg anda. Pilih saiz yang lebih kecil yang berkadaran betul untuk rangka anda.
2. Silk Wide-Leg Trousers – Elakkan meamakai seluar sebegini. Untuk berikan ilusi ketinggian, cuba seluar panjang lebar kaki dalam kain berstruktur.
3. Horizontal Stripes – Corak sebegini tidak menampakkan anda tinggi tetapi hanya melebarkan susuk tubuh anda.
4. Mid-Calf Boots – Lebih baik jika anda tukar kepada ankle boots, bagi memberi ilusi ketinggian.
5. Printed Jumpsuits – Untuk kelihatan sedikit lebih tinggi, pilih jumpsuit dengan warna yang kukuh.
6. Baggy Jeans – Stick dengan jeans jenis fitted atau relaxed style jeans untuk menyerlahkan saiz kecil molek anda.
7. Oversized Layering – Anda seorang yang petite, jadi jika mengenakan terlalu banyak lapisan yang bersaiz besar hanya akan menenggelamkan diri anda.
8. Round-Toe Heels – Tukar kepada jenis sleek pointy-toe heels akan melakukan keajaiban untuk kaki anda.
9. Tea-Length Dresses – Pilih dress atas lutut untuk nampak lebih tinggi.
10. Full Maxi Skirts – Bukankah anda kelihatan seperti loceng jika mengenakan skirts sebegini.