Jika tahun lepas lirik lagu Negaraku, “Tanah Tumpah Darah Ku” telah dipilih menjadi tema, untuk tahun ini, lirik lagu Warisan nyanyian Sudirman pula yang menjadi pilihan. Bait lirik pertama lagu tersebut , ” Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” telah diangkat sebagai tema untuk menyambut kemerdekaan negara kita yang ke -57. Kenapa agaknya penyanyi yang digelar the singing lawyer ini sering dikaitkan dengan peristiswa kemerdekaan dan patriotik ;
- Sudirman banyak menghasilkan lagu patriotik seperti Bendera Malaysia, Warisan, Tanggal 31 Ogos ,Tegakkan Bendera Kita dan banyak lagi lagu dari genre tersebut yang menyuntik semangat kenegaraan yang kuat.
- Sudirman merupakan ikon yang berjaya menyatukan semua bangsa untuk menonton konsert meganya di Chow Kit Road, Kuala Lumpur pada tanggal 14 April 1986.
- Dalam masa isu perpecahan antara masyarakat akibat perbezaan fahaman politik yang memeningkan, nama Sudirman adalah tepat untuk diangkat sebagai sebahagian daripada nama insan yang memberi jisim yang lebih dalam sebuah sambutan kemerdekaan.
- Sebagai ikon perpaduan, Sudirman perlu disanjung sebagai bukan sahaja anak seni tetapi penghibur yang berjaya merawat duka kita yang sedih dengan lagu rakyatnya seperti Punch Card, Seruling Anak Gembala, Basikal Tua dan Kulit.
- Malahan lagu raya yang tidak menyebut perkataan raya di dalam liriknya iaitu lagu Balik Kampung boleh dianggap lagu 1Malaysia kerana ia menyuntik keceriaan dalam perayaan setiap penganut agama di negara kita.
Tema Hari Merdeka ini juga benar-benar membawa maksud yang begitu mendalam dan bermakna terutamanya kepada generasi hari ini. Cuba hayati bait lagu Warisan;
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Perjuangan dan rasa cinta kepada negara itu bukan sahaja tertumpu kepada kesanggupan menjunjung senjata dan berjuang di medan perang semata-mata. Cara perjuangan dan mencintai negara bagi setiap individu itu mungkin berlainan dan terpulang kepada diri anda sendiri bagaimana anda mahu menyumbang kepada negara. Alyarham Sudirman sendiri misalnya, menyumbang kepada melalui bakat seninya , lagu-lagu patriotiknya dan hasilnya , lagu-lagu beliau kekal segar evergreen dan terus-terusan menyuntik semangat patriotik sehingga ke hari ini .
Selamat Hari Kemerdekaan ke-57 daripada kami di Wanista !