Terkini pergolakan di Palestin -Israel, Briged Izuddin Al-Qassam mendakwa menahan seorang tentera Israel. Tentera Israel, Shaul Aaron kini dalam tangan Briged al-Qassam.
Penahanan itu dirayakan sebagai satu kejayaan oleh penduduk Gaza di tengah-tengah serangan tentera Israel yang semakin menggila genap dua minggu selepas ia mula mengebom wilayah itu. Penahanan tentera Israel itu diumumkan oleh seorang jurucakap sayap bersenjata itu melalui televisyen, lapor AFP. Jurucakap tentera Israel mengaku sedar akan perkembangan terbaru itu dan sedang menyiasat dakwaan tersebut.
Beberapa orang wakil AFP di Palestin memaklumkan penahanan tentera Israel disambut dengan sorak sorai oleh penduduk Palestin bukan saja di Gaza City malah sambutan sama meriah di Ramallah dan Hebron. Sesetengah daripada mereka melepaskan tembakan ke udara. Beberapa orang pengguna Twitter turut berkongsi kegembiraan itu.
Inilah gambar seorang tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin di Hayyu Tuffah Syujaiiyyah, Shaul Aaroon.
Sumber : Astro Awani, Facebook Aman Palestin, Facebook Berita TV3