Samsung Malaysia secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru iaitu Galaxy Tab S. Hadir dalam dua saiz, iaitu pada saiz 10.5-inci dan juga 8.4-inci. Dengan skrin cantik, reka bentuk sangat nipis juga ringan dan hayat bateri yang panjang, menjadikan Galaxy Tab S sangat istimewa dan menarik.
Di samping turut membawakan bahagian kerangka belakang seumpama Galaxy S5. Galaxy Tab S turut dilengkapi beberapa fungsi khusus, termasuk antaranya adalah pengimbas cap jari, dan beberapa kandungan khusus untuk dinikmati pada tablet berkenaan.
Spesikasi :-
- Paparan skrin – Super AMOLED WQHD (2560 x 1600 piksel) memberikan kepadatan piksel 288ppi bagi Tab S 10.5 dan 359ppi bagi Tab S 8.4.
- Versi LTE – Pemproses Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz manakala versi Wi-Fi tablet ini akan dilengkapi Samsung Exynos 5 octa.
- Memori simpanan dalaman – 16GB dan 32GB dan menyokong kad microSD sehingga 128GB.
- Bateri – 7900mAh bagi model 10.5 dan 4,900mAh bagi model 8.4.
- Kamera- 8MP pada bahagian belakang yang disertakan dengan flash LED, merakam video 1080p, kamera hadapan 2.1MP.
- Mempunyai pengesan cap jari pada butang ‘Home’, sistem operasi Android 4.4 KitKat yang disertakan dengan Magazine UX.
Berminat? Kedua-duanya boleh mula didapati pada 11 julai 2014 akan datang. Versi 8.4-inci akan dijual pada harga RM1699 manakala versi 10.5-inci akan dijual pada harga RM1999. Walaubagaimanapun, Samsung menjelaskan tiada perancangan untuk tawaran versi WiFi di Malaysia buat masa ini.
PROS
- Skrin yang menakjubkan
- Hayat bateri yang panjang
- Nipis dan ringan
- Beberapa penambahan perisian yang berguna, seperti majalah percuma