Manusia ni kadang-kadang pelik kan? Seorang wanita dari Liverpool baru-baru telah mengahwinkan dua ekor anjing miliknya di dalam satu majlis perkahwinan mewah untuk mengelakkan anjing miliknya hidup berdosa. Eddie, seekor anjing Yorkshire Terrier, dan Squidgy, seekor anjing jenis Bichon Frise dikahwinkan di dalam upacara istimewa termasuklah diberikan pakaian perkahwinan anjing dan juga kek yang diperbuat daripada makanan anjing yang dihias cantik.