Bagi pemiant sukan bola sepak tanahair, sebuah siri original Tonton yang menampilkan 14 pemain bola sepak tanah air berkongsi pengalaman suka-duka mereka sebelum berjaya menempah nama di arena sukan Malaysia akan dipertonton untuk platform atas talian, dan siri ini diberi nama ‘Kaki Bola Up Close & Personal’ . Siri online ini berjaya mengumpulkan barisan hebat pemain muda yang kini mewarnai pentas bola sepak tempatan berkongsi kehidupan seharian mereka di luar padang sebagai seorang anak, suami, bapa dan karier sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Antara 14 pemain terlibat termasuk nama besar seperti Khairul Fahmi Che Mat, Irfan Fazail, Azizi Matt Rose, S. Subramaniam, Safee Sali, Aidil Zafuan, Zamir Selamat dan ramai lagi.
Ketahui kisah mereka di luar padang, bermula semenjak kecil sehinggalah berumah-tangga, pengalaman menimang cahaya mata dan penerimaan isteri serta keluarga apabila mereka menceburi arena sukan bola sepak tanah air. Ketahui juga perjalanan karier mereka sepanjang bergelar pemain bola sepak dan suka-duka mereka menghadapi peminat tegar yang mengkritik serta mencemuh pasukan mereka apabila kalah dalam sesuatu perlawanan. Pelbagai cabaran dan saat getir ditempuh mereka sebelum bergelar wira pasukan!
Jangan tunggu lagi, layari www.tonton.com.my hari ini menerusi komputer atau peranti pintar (iOS dan Android) untuk mendaftar dan terus menonton! Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut mengenai Tonton ‘Kaki Bola Up Close & Personal’, layari www.tonton.com.my
Senarai lengkap personaliti bolasepak tempatan
Nama Negeri Kelahiran Pasukan
- Irfan Fazail Johor JDT 1
- Norfarhan Muhammad Terengganu Terengganu FA
- Khairul Fahmi Che Mat Kelantan Kelantan FA
- Rafiuddin Rodin Pulau Pinang Pulau Pinang FA
- Muhammad Al Hafiz Hamzah Kedah JDT 1
- Azizi Matt Rose Perlis JDT 1
- S. Subramaniam Perak JDT 1
- Azamuddin Akil Pahang Pahang FA
- Joseph Kalang Tie Sarawak Sarawak FA
- Safee Sali Selangor JDT 1
- Aidil Zafuan Negeri Sembilan JDT 1
- Zamir Selamat Kuala Lumpur Selangor PKNS
- Saiful Mustafa Melaka Melaka FA
- Rozaimi Abdul Rahman Sabah Sabah FA