Tidak dinafikan, wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. Lebih senang jika melakukan rawatan rambut di salon terpilih cuma masalahnya susah untuk mencari salon yang khas buat wanita muslimah. Wanista kongsikan antara salon yang boleh anda cuba.
1. Siti Salon Al-Zahra, Shah Alam
Hanya pelanggan wanita yang dibenarkan masuk ke premis Siti Salon Al Zahrah. Salon dan spa yang berkonsepkan moden ini sekali pandang sama seperti salon mewah lain tapi yang pastinya salon ini berlandaskan syariat dan memelihara aurat wanita. Malah rawatan yang ditawarkan juga tidak ada yang bercanggah syariat seperti mencukur kening dan mewarnakan rambut. Keistimewaan dan rahsia di sini ialah rawatan menggunakan madu untuk menguatkan akar rambut. Para pelanggan muslimah boleh menikmati rawatan rambut, rawatan di spa, seperti urutan, rawatan wajah, lulur sauna dan sebagainya.
- Siti Salon Al-Zahrah beroperasi di 14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
- Untuk temujanji boleh hubungi 03-55102304.
- Tutup padasetiap hari Selasa kecuali cuti umum
- Facebook Siti Salon | Al-Zahrah
2. Chinta Hair Salon & Beauty, Wangsa Maju
Salon Fasha Sandha yang diberi nama Chinta Hair Salon and Beauty. Salon ini mengetengahkan konsep rona ungu berbunga, nampak ladies. Mempunyai seksyen untuk wanita bertudung agar memudahkan mereka melakukan rawatan penjagaan rambut.
- Lokasi salon terletak dekat Wangsa Walk, Wangsa Maju sebelah OCBC bank.
- Isnin – Jumaat : 11:00 am – 9:00 pm
- Sabtu : 11:00 am – 10:00 pm
- Ahad : 11:00 am – 9:00 pm
- 03-4143 3084
3. Iris Salon & Spa
Salon ini mendirikan konsep untuk memenuhi keinginan wanita muslimah yang ingin merawat tubuh untuk kesehatan dan kecantikan. Dan kami memberikan kemudahan kepada wanita muslimah untuk memanjakan dirinya dan tetap merasa nyaman dengan “privasi” dalam konsep islamic islami.
- Lokasi: No 23-1-A, Jalan Kristal AS7/AS, Sek 7, Shah Alam
- Selasa – Jumaat : 10:00 am – 9:00 pm
- Sabtu – Ahad : 10:00 am – 7:00 pm
- 013-651 2625
- Facebook Iris Salon & Spa
4. Jazeerat El-Rahah, Bangi
El-Rahah menyediakan ruang yang luas, tertutup dan privasi hanya untuk wanita Islam sahaja.
- Lokasi : 55-1 Jalan 8/35 Bandar Baru Bangi
- Selasa – Khamis : 11:00 am – 8:00 pm
- Jumaat : 11:00 am – 8:00 am
- Sabtu : 10:00 am – 7:00 pm
- Ahad : 10:00 am – 6:00 pm
- 03-89261016
- Facebook Jazeerat El Rahah – Professional Hair Salon for Muslimah
5. Sue Beauty Salon
Salon muslimah yang mementingkan keselesaan pelanggan wanita, khidmat rawatan rambut, muka dan badan. Salon muslimah yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut, cuci, rawatan inai uban, steam treatment, facial dan lain-lain untuk wanita sahaja.
- Lokasi : No 579-G Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, Batu Caves
- Isnin – Sabtu : 10.30 am – 7 pm
- 013 9092456
- Facebook Sue Beauty Saloon
6. Spa & Salun Kecantikan Muslimah Hurun Ain Oasis, Taman Tun Dr Ismail
Sememangnya spa ini menyediakan perkhidmatan didambakan muslimah yang tercari-cari spa yang benar-benar menjaga aurat muslimah dan mengambil berat kehalalan produk digunakan. Pelanggan juga akan berasa selesa dan selamat sepanjang melakukan rawatan kerana lelaki sama sekali tidak dibenarkan menginjakkan kaki ke dalam spa.
- Lokasi : 104 Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
- Selasa – Ahad : 10 am – 7 pm
- 03-7731 7411
- Facebook Hurunainoasis Spa
7. Suri Permai Spa, Setapak
Semua wanita datang kepada kami kerana kepakaran kami menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan untuk semua peringkat pusingan hidup. Kami peneraju menyelesaikan masalah penjagaan rejim kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
- Lokasi : 17-3 Platinum Walk, Jalan Langkawi Setapak, 53300 Kuala Lumpur
- 10 am – 7 pm
- +60 3-4143 1070